Saturday, December 1, 2018

1.0 PENGENALAN KAJIAN

1.0 PENGENALANTingkah laku bermaksud apa yang dilakukan oleh seseorang individu dan semua tindakan manusia yang dapat diperhati dan dinilai secara sedar atau separa sedar.Hal ini bermaksud,perbuatan yang ditunjukkan oleh seseorang itu hanya dapat dinilai oleh orang sekeliling mereka sahaja dan tingkah laku di sini terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku baik dan tingkah laku tidak baik.Tingkah laku juga dapat didefinisikan sebagai tingkah laku yang kita lakukan secara sedar atau tidak sedar tetapi dianggap berbeza oleh penglihatan orang lain.Pengurusan tingkah laku ialah satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan kaedah yang sesuai (Dr.Ragbir Kaur A/P Joginder Sigh).Hal ini bermaksud tingakah laku yang bermasalah dapat diubah menjadi tingkah laku yang baik dengan menggunakan pengurusan tingkah laku yang berkesan menggunakan kaedah pengurusan tingkah laku yang sesuai dan baik.Di sekolah,guru-guru memainkan peranan yang amat penting dalam menguruskan tingkah laku pelajar.Mereka dianggap sebagai ibu bapa yang kedua di sekolah kerana tugas mereka bukan sahaja sebagai pendidik tetapi sebagai pembimbing di sekolah dan sahsiah diri yang baik perlu dipupuk dalam diri pelajar.Jenis-jenis tingkah laku bermasalah dibahagikan kepada dua iaitu tingkah laku bermasalah negatif dan tingkah laku bermasalah positif.Tingkah laku bermasalah negatif terbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku bergantung,tingkah laku disruptif dan tingkah laku distruktif.Tingkah laku bermasalah positif pula terbahagi kepada empat iaitu tingkah laku ingin tahu,cepat belajar,pintar cerdas dan proaktif.Tingkah laku memainkan peranan yang amat penting dalam diri seseorang pelajar.Hal ini keranan tingkah laku dapat mempengaruhi diri seseorang pelajar untuk mereka menuntut ilmu. Disebabkan itu,di sekolah guru memainkan peranan yang amat penting untuk memupuk tingkah laku yang baik agar para pelajar dapat menjadi seorang manusia yang bersahsiah baik dan dapat mengharumkan nama negara kelak.

No comments:

Post a Comment

8.0 RUMUSAN

Masalah disiplin di kalangan pelajar sekali lagi menyentak perhatian seluruh rakyat Malaysia. Umumnya, guru-guru disiplin di sekolah barang...