Sunday, December 2, 2018

3,0 PERNYATAAN MASALAH KAJIAN

Dewasa kini yang kian moden dengan arus kecanggihan teknologi menjadikan para pelajar sekolah terpaksa menempuh cabaran hidup yang besar kerana pengaruh yang negatif hadir dari pelbagai sudut. Pelajar kini mengalami keruntuhan akhlak dan banyak terlibat dengan masalah tingkah laku dan disiplin. Masalah disipli kini menjadi suatu yang biasa terjadi di setiap sekolah.
Isu kemerosotan tingkah laku dan disiplin sangat membimbangkan kerana masalah disiplin yang sering dilakukan oleh pelajar  seperti ponteng sekolah, tidak menghormati guru, merokok dan lain-lain . Masalah yang sering terjadi di sekolah perlu ditangani dengan segera sebelum menjadi parah dan wabak kepada yang lain. Dalam hal ini, pihak sekolah yang perlu lebih menekankan kepada pengurusan dalam mengawal atau pembanteras masalah ini. Hal ini kerana jika pengurusan masalah tingkah laku dan disiplin tidak telus dan berkesan ia akan memberi kesan yang lebih buruk.







No comments:

Post a Comment

8.0 RUMUSAN

Masalah disiplin di kalangan pelajar sekali lagi menyentak perhatian seluruh rakyat Malaysia. Umumnya, guru-guru disiplin di sekolah barang...