Sunday, December 2, 2018

7.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

7.2 Mengenalpasti Ciri-ciri Tingkah Laku Positif dan Tingkah Laku Negatif
Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang boleh merosakkan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalm bilik darjah. Kajian membawa kepada dua pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif.Manakala untuk tingkah laku bermasalah negative pula ialah perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti-sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan.Seseorang murid itu mempunyai masalah bertingkah laku positif dan negative, ia akan membawa kesan yang tidak baik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Antara ciri-ciri yang ada pada murid-murid yang bermasalah tingkah laku ialah penumpuan yang singkat, memencil dan menarik diri daripada aktiviti kelas, tidak bergantung kepada seseorang, tidak mesra dengan guru dan orang lain, gopoh dan tidak sabra, motivasi kendiri rendah, agresif, melanggar perintah, sentiasa mempunyai perasaan negative, memberi jawapan sesuka hati, kurang kemahiran mengawal emosi, perlakuan hiperaktif dan sering resah serta kurang kepercayaan terhadap kebolehan diri. Antara faktor yang mempengaruhi pengurusan tingkah laku positif dan negatif ialah kedudukan tempat duduk murid yang jauh dari guru, susun atur peralatan seperti meja, kerusi dan almari dan alat bahan mengajar yang dipamerkan terlalu bosan dan tidak menarik perhatian.
Tingkah laku positif merupakan tingkah laku pelajar yang baik. Ianya dapat memabntu perkembangan pelajar. Pelajar akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sikap ingin tahu pelajar akan membantu guru dalam merangsang pemikiran pelajar dan penting dalam perkembangan kognitif mereka. Tingkah laku positif  merangkumi tingkah laku ingin tahu iaitu sikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang dilihat. Seterusnya, tingkah laku cepat belajar iaitu tingkah laku yang cepat menangkap atau ‘catch up’ sesuatu perkara yang baru dengan cepat. Selain itu, tingkah laku pintar cerdas iaitu sikap yang sentiasa cepat dan pantas apabila menggunakan otak dan berfikir.
Tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Tingkah laku negatif ini akan mengganggu perkembangan pelajar. Pelajar yang suka mengganggu rakan lain dan pelajar yang sering memberontak dalam kelas merupakan contoh pelajar yang mempunyai tingkah laku negatif. Tingkah laku bermasalah negative merangkumi tingkah laku yang mengahalang (bergantung) iaitu tingkah laku yang boleh membahayakan diri. Seterusnya, kebimbangan iaitu tingkah laku yang sentiasa berasa takut, menunjukkan reaksi bimbang dan tiada keyakinan diri. Selain itu, pengasingan diri iaitu tingkah laku yang tidak suka bergaul atau berkomunikasi dengan kawan-kawan, sikap merendah diri yang terlalu tinggi dan juga perasaan malu yang melampau terhadap kawan-kawan.

4.3 Bentuk Pengurusan Tingkah Laku dan Disiplin Pelajar
Melalui kajian, kami dapati terdapat dua bentuk disiplin pelajar iaitu iaitu disiplin asas dan disiplin instrinsik atau kendiri. Disiplin asas melibatkan individu dalam masyarakat yang lebih besar seperti pematuhan peraturan yang telah ditetapkan oleh institusi- institusi bukan format atau formal yang wujud dalam masyarakat demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan hidup seharian. Manakala, disiplin instrik atau kendiri pula adalah disiplin yang lahir dalam diri individu yang merangkumi sifat empati, mempunyai kesedaran sivik, moral, agama dan pergaulan yang tinggi dalam masyarakat. Dua bentuk disiplin perlu ada dalam diri setiap pelajar bagi melahirkan pelajar yang bukan hanya bejaya dari sudut akademik tetapi Berjaya juga dalam keperibadian dan akhlak yang baik.
  Kaedah pengurusan tingkahlaku dan disiplin yang baik akan memberi kesan yang baik terhadap diri pelajar dan sekolah. Melalui hasil temu bual guru-guru dari tiga buah sekolah menengah yang berbeza, kami dapati terdapat perbezaan cara atau kaedah yang diguna pakai dalam pengurusan disiplin di sekolah masing-masing. Terdapat sekolah yang melaksanakan pengurusan disiplin dengan baik dan ada juga sebaliknya.  Contoh kaedah daripada sekolah yang baik pengurusannya adalah sekolah ini mementingkan ketelusan sesuatu masalah yang timbul sebelum menjatuhkan sebarang hukuman terhadap pelajar. Setelah masalah telah dikenal pasti, surat amaran pertama sebagai tanda peringatan kepada pelajar akan dikeluarkan. Jika pelajar masih mengulangi kesalahan yang sama surat amaran kedua dan ketiga akan dikeluarkan. Pihak sekolah akan mengambil tindakan membuang terus pelajar dari sekolah bagi pelajar yang mengulangi kesalahan yang sama disamping masalah yang dihadapi adalah masalah yang serius seperti rekod kehadiran yang sangat teruk, kes buli dan lain-lain. 

No comments:

Post a Comment

8.0 RUMUSAN

Masalah disiplin di kalangan pelajar sekali lagi menyentak perhatian seluruh rakyat Malaysia. Umumnya, guru-guru disiplin di sekolah barang...