Saturday, December 1, 2018

2.0 TEORI

TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER

Pelaziman operan ialah apabila organisme menghasilkan sesuatu gerak balas kerana organisme itu mengoperat (operating) ke atas persekitarannya. Contohnya, seekor anjing akan menghulurkan kaki depannya sekiranya ia ketahui bahawa tingkah laku itu akan diikuti dengan makanan. Begitu juga dengan seorang budak yang mengemaskan tempat tidur jika dia tahu dia akan dibelanja makan ais krim. Hipotesisnya berkaitan Teori Pelaziman Operan telah dibuktikan melalui beberapa eksperimen menggunakan binatang seperti tikus dan burung merpati, di mana tingkah laku binatang tersebut dikawal serta gerak balasnya dihitung dalam sebuah kotak yang direka bentuk dan dikenali sebagai Kotak Skinner (Skinner Box). Beliau telah menggunakan hasil daripada kajian ini untuk diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah serta dalam pengurusan tingkah laku pelajar. Skinner membahagikan kepada 2 peneguhan yang ditunjukan iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditujukan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Contoh peneguhan positif adalah pujian, ganjaran, hadiah dan sebagainya. Pujian adalah pentingkerana ia akan mendorong seseorang pelajar itu mengeluarkan hasil yang baik pada masahadapan. Manakala peneguhan negatif pula tidak boleh disamakan dengan hukuman ataudenda. Menurut beliau, dalam teori pelaziman operan, gerak balas boleh diulangi ataudihapuskan jika diberikan peneguhan sejurus selepas gerak balas ditunjukkan.






No comments:

Post a Comment

8.0 RUMUSAN

Masalah disiplin di kalangan pelajar sekali lagi menyentak perhatian seluruh rakyat Malaysia. Umumnya, guru-guru disiplin di sekolah barang...