Sunday, December 2, 2018

7.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

7.4 Mengenalpasti peraturan dan undang-undang yang diguna pakai dalam pengurusan tingkah laku dan disiplin pelajar di sekolah.
Disiplin sekolah yang baik dan sempurna akan memberi faedah kepada guru dan pelajar terutamanya dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dapat dijalankan secara licin dan teratur serta pembelajaran dapat dilangsungkan dalam suasana yang tenang.
Keselamatan para pelajar adalah penting dan ia akan terjamin selagi pelajar-pelajar mengikut peraturan sekolah. Kemalangan yang berlaku dalam makmal atau bilik darjah dapat dikurangkan. Melalui disiplin, milai-nilai murni turut dapat dipupuk dalam diri pelajar.
Melalui kajian, kami dapati terdapat dua bentuk disiplin pelajar iaitu iaitu disiplin asas dan disiplin instrinsik atau kendiri. Disiplin asas melibatkan individu dalam masyarakat yang lebih besar seperti pematuhan peraturan yang telah ditetapkan oleh institusi- institusi bukan format atau formal yang wujud dalam masyarakat demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan hidup seharian. Manakala, disiplin instrik atau kendiri pula adalah disiplin yang lahir dalam diri individu yang merangkumi sifat empati, mempunyai kesedaran sivik, moral, agama dan pergaulan yang tinggi dalam masyarakat. Dua bentuk disiplin perlu ada dalam diri setiap pelajar bagi melahirkan pelajar yang bukan hanya bejaya dari sudut akademik tetapi Berjaya juga dalam keperibadian dan akhlak yang baik.
  Kaedah pengurusan tingkahlaku dan disiplin yang baik akan memberi kesan yang baik terhadap diri pelajar dan sekolah. Melalui hasil temu bual guru-guru dari tiga buah sekolah menengah yang berbeza, kami dapati terdapat perbezaan cara atau kaedah yang diguna pakai dalam pengurusan disiplin di sekolah masing-masing. Terdapat sekolah yang melaksanakan pengurusan disiplin dengan baik dan ada juga sebaliknya.  Contoh kaedah daripada sekolah yang baik pengurusannya adalah sekolah ini mementingkan ketelusan sesuatu masalah yang timbul sebelum menjatuhkan sebarang hukuman terhadap pelajar. Setelah masalah telah dikenal pasti, surat amaran pertama sebagai tanda peringatan kepada pelajar akan dikeluarkan. Jika pelajar masih mengulangi kesalahan yang sama surat amaran kedua dan ketiga akan dikeluarkan. Pihak sekolah akan mengambil tindakan membuang terus pelajar dari sekolah bagi pelajar yang mengulangi kesalahan yang sama disamping masalah yang dihadapi adalah masalah yang serius seperti rekod kehadiran yang sangat teruk, kes buli dan lain-lain.
Pengurusan disiplin di sesebuah sekolah akan lebih berkesan jika setiap pelaksanaan hukuman atau denda tidak melampaui batas Peraturan dan Undang-undang Kawalan Displin murid di Malaysia. Guru berperanan dalam memastikan setiap pelajar mematuhi peraturan disiplin yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.  Tanggungjawab ini amat jelas disebut dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 yang menyatakan bahawa tugas mendisiplinkan murid bukan sahaja terletak dibahu gur besar atau pengetua, guru disiplin dan guru kaunseling sahaja. Bahkan setiap setiap individu yang brgelar guru adalah guru displin. Dengan erti kata lain, semua guru berhak untuk menegur, mendenda dan lain-lain jika pelajar melanggar sebarang peraturan sekolah.
Secara umumnya, kosep disiplin merangkumi latihan membentuk, membetul ataupun melengkapkan suatu sistem peraturan berkenaan tingkah laku mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Pada peringkat sekolah, disiplin adalah peraturan yang dikenakan ke atas pelajar dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganajaran. (Mohd.Ismail Osman,2008). Dalam konteks di Malaysia, undang-undang dan peraturan disiplin yang dipraktikkan di sekolah- sekolah di Malaysia adalah berdasarkan kepada tiga rujukan utama, iaitu (James Ang Jit Eng, 2011):
a) Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, iaitu peraturan yang dibuat berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 116, Ordinan Pelajaran 1957.
b) Buku-buku panduan pengurusan disiplin yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
c) Surat-surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia secara berkala.
Rujukan utama diatas menjadi kayu pengukur dalam penbentukan pengurusan disiplin pelajar di sekolah. Secara tidak langsung pihak sekolah akan mendapat kepercayaan dari pihak ibubapa dalam mendidik dan mendisiplinkan anak-anak mereka.

Peraturan- peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 atau lebih dikenali sebagai Peraturan 1959 merupakan peraturan teras pengurusan disiplin di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia melainkan sekolah yang dikecualikan dari pendaftaran di bawah seksyen 114(2) Ordinan Pelajaran 1957, dan sekolah gaya pos (peraturan 1). Menurut James Ang Jit Eng (2001), antara perkara utama yang diperuntukan dalam peraturan 1959 ialah:
i) Guru besar adalah individu yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah (peraturan 4)
ii) Perwakilan kuasa oleh guru besar kepada guru lain dalam tindakan disiplin. (peraturan 6)
iii) Tatacara hukuman rotan (peraturan 5)
iv) Kuasa guru besar dalam menggantung persekolahan atau membuang sekolah terhadap pelajar atas kesalahan disiplin (peraturan 8, 11 dan 12)    
Seterusnya, rujukan kedua utama iaitu buku-buku panduan pengurusan disiplin yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai garis panduan dalam menguruskan disiplin di sekolah , dan meghuraikan Peraturan 1959 dalam bentuk operasi. Buku-buku ini diterbit dan diedarkan ke sekolah-sekolah untuk panduan pentadbir sekolah, guru-guru, murid-murid, malah ada yang dikhususkan untuk ibu bapa. Berikut merupakan buku-buku yang telah diterbitkan dengan tujuan ini iaitu:
i) Panduan Am Disiplin Sekolah-sekolah (1981)
ii) Panduan Bagi Ibubapa Mengenai Disiplin Murid-murid Sekolah (1982)
iii) Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru Besar dan Guru (1983)
iv) Panduan Disiplin untuk Pelajar-pelajar (1988)
v) Panduan Bagi mengatasi Masalah Ponteng (1994)
vi) Panduan Pengurusan Menangani Buli di Sekolah (2005)

Selain peraturan 1959 dan buku-buku panduan, Kementerian Pendidikan Malaysia turut mengeluarkan pekeliling-pekeliling dari semasa ke semasa bagi memberi panduan berkala kepada pentadbir sekolah bagi menangani masalah disiplin di sekolah, antaranya (Othman,2008):

Bil.
Nama Pekeliling Ikhtisas
Tarikh Dikeluarkan
1
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2009: Penguatkuasaan Larangan Membawa dan Menggunakan Telefon Bimbit oleh Murid di Sekolah
25 Mac 2009
2.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2010 : Pelaksanaan Ujian Urin Murid Sekolah
8 Februari 2010
3.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2010: Garis Panduan Mencegah dan Menangani Perbuatan Buli dalam Kalangan Murid di sekolah
29 Julai 2010
4.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2011: Peraturan Berkenaan Rambut dan Pemakaian Steel Bangle(KARA) oleh Murid-murid Keturunan Sikh
27 April 2011
5.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2011: Pelaksanaan Standard Operating Prosedure (SOP) 1:3:7 Pelaporan dan Menangani Isu Disiplin Murid
Jun 2011
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          
Data di atas merupakan contoh Surat Pekeliling Ikhtisas yang terkini. Mengikut rujukan sumber data, terdapat lebih dari 40 Surat Pekeliling Ikhtisas telah di keluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membantu masalah disiplin di sekolah-sekolah di Malaysia.


7.5  Mengetahui tatacara dalam penyelesaikan masalah disiplin.
Setiap masalah mempunyai jalan menyelesaian. Tetapi cara masalah tersebut diselesaikan juga memainkan peranan yang penting kerana ada masalah yang diselesaikan dengan cara yang tidak memberi kepuasan bagi semua pihak yang terlibat. Oleh itu, tatacara menyelesaikan masalah disiplin penting dilaksanakan disekolah terutamanya masalah yang melibatkan pelajar. Antara tatacara seperti berikut:
1. Guru yang menerima aduan itu perlu memastikan kebenaran dan segala aduan dan kesalahan adalah dianggap secara objektif.
2. Ketepikan perasaan marah dan elakkan dari membuat kesimpulan terburu-buru tanpa menyiasat.
3. Guru perlu menentukan bahawa ada bukti berkaitan dengan tuduhan tersebut.
4. Pastikan suasana adalah tenang antara guru dan pelajar sebelum menjalankan penyiasatan.
5. Beri peluang kepada pelajar untuk memberi penjelasan terhadap sesuatu tuduhan.
6. Guru hendaklah menyedarkan pelajar mengenai kesalahannya.
7. Jika usaha untuk mengubah kelakuan pelajar gagal, dapatkan bantuan guru kaunseling untuk menyelesaikannya.
8. Jika masih gagal, pelajar tersebut hendaklah dihantar ke kepada guru disiplin.
9. Jika masalah masih tidak dapat diatasi lgi (masalah serius), kes boleh dirujukkan kepada pengetua dan pelajar itu akan dibawa ke Lembaga Disiplin untuk diambil tindakan seterusnya.
10. Pihak lembaga akan menyiasat kes secara terperinci sebelum hukuman dijatuhkan.
11. Pelajar diberi peluang untuk membela diri, hak untuk didengar dan mengemukakan alasan dalam bentuk bertulis.
12. Pihak lembaga Disiplin akan membuat keputusan dan hukuman dikenakan jika didapati pelajar benar-benar bersalah.
13. Pihak lembaga akan memberitahu ibu bapa pelajar.

Pelajar akan dikenakan hukuman gantung dari persekolahan dalam tempoh masa yang ditentukan atau tindakan lain yang bersesuaian.


No comments:

Post a Comment

8.0 RUMUSAN

Masalah disiplin di kalangan pelajar sekali lagi menyentak perhatian seluruh rakyat Malaysia. Umumnya, guru-guru disiplin di sekolah barang...