Sunday, December 2, 2018

7.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

7.1 Mengenalpasti Teknik Modifikasi Pengurusan Tingkah Laku Dan Disiplin

Kajian menyatakan bahawa teknik modifikasi pengurusan tingkah laku dan disiplin ialah merujuk kepada langkah-langkah yang sistematik dan teratur mengikut teknik yang betul untuk mengubah tingkah laku negatif. Selain itu, modifikasi tingkah laku juga merupakan sesuatu cara menguruskan disiplin bilik darjah. Ini sesuai digunakan untuk menangani tingkah laku bermasalah sama ada negatif atau positif.Tujuan penggunaan teknik modifikasi pengurusan tingkah laku ini adalah untuk mengubah tingkah laku negatif atau salah laku pelajar yang dikesan di dalam bilik darjah kepada tingkah laku positif untuk menyelesaikan tingkah laku bermasalah yang berlaku demi membentuk keadaan bilik darjah yang berdisiplin, ceria, dan kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Antara teknik yang boleh digunakan oleh guru dalam menguruskan tingkah laku dan disiplin pelajar di dalam bilik darjah adalah dengan cara peneguhan positif, peneguhan negatif, denda, penghapusan/pelupusan dan prinsip Premack. Semua teknik-teknik ini boleh digunakan secara berkala atau berterusan sehingga mendapatkan hasil yang diingini oleh guru. Teknik modifikasi tingkah laku dan disiplin yang pertama adalah peneguhan. Peneguhan adalah perkara yang dilakukan oleh seseorang untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin (1991), peneguhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Manakala menurut Skinner (1990), peneguhan adalah apabila sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang mengulang tingkah laku ini akan bertambah dan diulang perkara yang diingini berlaku jika diberikan peneguhan positif manakala jika diberikan peneguhan negatif, masalah tingkah laku Peneguhan terbahagi kepada 2 iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.
Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu mengulangi tingkah laku berulang-ulang. Peneguhan positif ialah stimulus atau peristiwa yang menyebabkan kemajuan dalam pembelajaran ataupun perubahan kelakuan positif. Peneguhan ini lazimnya menggembirakan dan dipanggil sebagai ganjaran. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab sioalan, memberikan senyuman yang ikhlas, menepuk bahu pelajar sebagai tanda bangga dan memberi hadiah sebagai tanda penghargaan kepada pelajar tersebut. Menurut Skinner lagi, tingkah laku juga sebenarnya merujuk kepada langkah-langkah yang digunakan guru untuk melakukan peneguhan yang berkala. Cara peneguhan yang diberi akan memberi kesan terhadap tingkah laku yang seterusnya.
Seterusnya, peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan.Organisme kemungkinan mengulang tingkah laku yang dapat mengelak atau mengurangkan keadaan yang negatif. Peneguhan dapat dilakukan secara berterusan atau berkala. Peneguhan negatif berfungsi mengelakkan dari tingkah laku yang tidak diingini berulang lagi supaya tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi. Peneguhan negatif adalah stimulus atau peristiwa yang juga menyebabkan kemajuan dalam suatu tingkah laku dan untuk mengelak daripada berlaku sesuatu yang tidak dikehendaki. Sebagai contohnya, pelajar yang membuat bising ditegur oleh gurunya. Disebabkan oleh tindakan guru tersebut, pelajar tersebut diam dan memberi tumpuan dalam pelajaran.
Di samping itu, teknik modifikasi iaitu denda juga adalah satu cara untuk mengurus tingkah laku dan disiplin pelajar di sekolah. Denda adalah satu proses atau tatacara untuk menghentikan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak di ingini berlaku. Skinner berpendapat bahawa denda hanya boleh membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja. Selepas itu, tingkah laku yang tidak diingini biasanya diulangi lagi. Hal ini kerana, denda dilakukan untuk mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini berulang dan bertujuan untuk menghentikan perbuatan atau tingkah laku yang tidak baik daripada dilakukan lagi. Ia biasanya hanya memberi kesan yang singkat sahaja. Apabila individu terlupa, ia akan mengulangi semula perbuatan atau tingkah laku tersebut. Denda juga memberi kesan buruk terhadap pelajar yang dikenakan denda kerana sesetengah menimbulkan perasaan benci terhadap orang yang selalu memberi denda kepadanya. Sebagai contohnya, pelajar yang dikenakan denda disebabkan tidak menyiapkan kerja sekolah matematik akan benda terhadap subjek tersebut kerana setiap kali dia tidak menyiapkan kerja dia dikenakan denda disebabkan dia tidak pandai dalam subjek matematik. Oleh itu, seharusnya guru tidak memberi denda kepadanya sebaliknya mengadakan tuisyen atau kelas tambahan kepadanya supaya dia lebih memahami subjek matematik dan akan lebih minat dalam subjek ini.
Teknik modifikasi tingkah laku pelupusan atau penghapusan juga dapat digunakan oleh guru. Teknik pelupusan/penghapusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya. Teknik ini bertujuan untuk mengurangkan dan melupuskan tingkah laku yang tidak diingini. Sebagai contohnya, jika guru ingin seorang murid untuk bertindak laku dalam cara tertentu, guru boleh mewujudkan situasi dimana murid-murid tidak mendapatkan sebarang peneguhan atau perhatian selepas menunjukkan sesuatu tingkah laku bermasalah. Guru biarkan tingkah laku yang tidak diingin ini supaya terhapus dengan sendirinya dengan mengabaikan mereka. Teknik ini kadang-kadang tidak memberi kesan terhadap pengurusan tingkah laku kerana pelajar akan terus melakukan tingkah laku bermasalah ini untuk dapatkan perhatian dari gurunya. Akhir sekali, prinsip Premack iaitu mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai “Grandma’s Rule” yang berasaskan kenyataan “kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran ini”. Sebagai guru, kita boleh menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid. Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran matematik, satu aktiviti bermain komputer akan diadakan.

http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/moditifikasi-tingkahlaku-kpli.pdf
https://edoc.site/tingkah-laku-bermasalah-disruktif-pdf-free.html

No comments:

Post a Comment

8.0 RUMUSAN

Masalah disiplin di kalangan pelajar sekali lagi menyentak perhatian seluruh rakyat Malaysia. Umumnya, guru-guru disiplin di sekolah barang...