Saturday, November 17, 2018

TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN.

1) Peneguhan
Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi
Hal ini kerana, peneguhan sangat penting untuk mengekalkan, meningkatkan atau mengurangkan tingkah laku bermasalah. Menurut Skinner (1990), peneguhan adalah apabila sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang mengulang tingkah laku ini akan bertambah. Dalam mengaplikasikan teknik peneguhan, peneguhan(ganjaran) yang diberikan hendaklah sesuai dan berkesan untuk pelajar. Peneguhan merupakan sesuatu objek atau situasi yang dapat meneguhkan atau mengekalkan tindak balas atau kelakuan pada masa kini atau memungkinkan peningkatan perlakuan pada masa akan datang. Peneguhan yang diberikan mestilah sesuatu yang disukai oleh pelajar. Peneguhan terbahagi kepada 2 iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.

-Peneguhan positif
Peneguhan positif adalah peneguhan yang dibuat untuk meningkatkan/mengekalkan tingkah laku sedia ada pada seorang pelajar. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan oleh guru sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, peneguhan positif dapat memberi dorongan dan semangat kepada mereka untuk terus berusaha lebih gigih hingga berjaya capai apa yang diinginkan. Antara contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah guru boleh memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman yang ikhlas agar suasana dalam bilik darjah dalam keadaan ceria dan konduksif, menepuk bahu sebagai tanda bangga terhadap pelajar, dan memberi hadiah sebagai tanda penghargaan atas pencapaiannya.

-Peneguhan negatif
Peneguhan negatif adalah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Dengan adanya peneguhan negatif ini, seseorang individu kemungkinan mengulang tingkah laku yang dapat mengelak atau mengurangkan keadaan yang negatif. Peneguhan negatif dapat dilakukan secara berterusan atau berkala. Sebagai contohnya, seorang pelajar tidak menyiapkan kerja sekolahnya. Oleh itu, guru telah menegur dan memarahinya. Lalu pelajar tersebut cuba untuk menyiapkan kerja sekolahnya dan tidak berani untuk mengulangi nya lagi.

2) Denda
Denda adalah satu proses atau tatacara untuk menghentikan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Skinner berpendapat bahawa denda hanya boleh membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja. Selepas itu, tingkah laku yang tidak diingini biasanya diulangi lagi.
Contohnya, murid yang didenda, kerana tidak boleh menguasai setengah-tengah kemahiran matematik, mungkin akan timbulnya sikap kebencian terhadap pembelajaran matematik.

3) Pelupusan/ penghapusan
Pelupusan/pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya. Teknik ini bertujuan mengurangkan dan melupuskan tingkah laku yang tidak diingini.
Sebagai contohnya, jika  guru ingin seorang murid untuk bertindak laku dalam cara tertentu, dia boleh mewujudkan situasi dimana murid-murid tidak mendapatkan sebarang peneguhan atau perhatian selepas menunjukkan sesuatu tingkah laku bermasalah.

4) Prinsip Premack
Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai “Grandma’s Rule” yang berasaskan kenyataan “kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran ini”. Sebagai guru, kita boleh menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid. Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran matematik, satu aktiviti bermain komputer akan diadakan.



KESAN TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU

  • Kemahiran atau teknik yang baru dipelajari diberi peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya dapat dikukuh dan dikekalkan
  • Peneguhan yang positif membawa keseronokan adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif yang membawa kesakitan.
  • Prinsip pelupusan/penghapusan sesuai  untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diingini.
  • Membantu pelajar menguasai konsep supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat.
  • Kadangkala, peneguhan negatif sesuai untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini. Misalnya, menarik balik pemberian waktu rehat jika pelajar tidak mematuhi peraturan atau displin bilik darjah.





No comments:

Post a Comment

8.0 RUMUSAN

Masalah disiplin di kalangan pelajar sekali lagi menyentak perhatian seluruh rakyat Malaysia. Umumnya, guru-guru disiplin di sekolah barang...