Tuesday, November 20, 2018

BAB 1: SOSIOLOGI PEMBELAJARAN

Definisi sosiologi

Sosiologi adalah sebagai kajian mengenai kehidupan sosial, perubahan sosial, dan sebab-sebab sosial dan akibat dalam tingkah laku manusia (American Sociological Association, 2006). Sosiologi merupakan kajian saintifik mengenai masyarakat dan tingkah laku manusia. Sosiologi juga merupakan ilmu disiplin intelektual yang khusus yang mengenai hubungan sosial manusia pada umumnya serta perilaku manusia yang berkaitan dengan struktur-struktur kemasyarakatan dan kebudayaan yang dimiliki, dibahagi, dan ditunjang bersama.

Definisi Pembelajaran

Pembelajaran adalah perolehan maklumat dan pengetahuan baru, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap kepercayaan. Pembelajaran yang dimaksud di sini merupakan kurikulum yang menuntut sikap proaktif guru dalam menciptakan dan memodifikasikan aktiviti pelajar bersesuaian dengan perancangan yang telah dibuat. Yang menjadi kunci atau persoalan utama dalam rangka menentukan  tujuan pembelajaran adalah keperluan pelajar, mata pelajaran atau bidang pembelajaran yang diajarkan oleh guru itu sendiri.

3 teori pembelajaran

1) Teori Fungsionalisme
Teori fungsionalisme memandang masyarakat sebagai suatu sistem yang terdiri atas bagian yang saling berkaitan (agama, pendidikan, politik, keluarga). Teori ini mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri.

Sebagai contohnya, dalam pengurusan pembelajaran peranan guru adalah memastikan pembelajaran mengikut apa yang dirancang dan murid perlu mengetahui tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar di sekolah.

2) Teori Konflik
Menganalisis konflik-konflik dalam masyarakat
Berlaku konflik dalam struktur masyarakat
Mengkritik kapitalisme
Persoalan mengenai sama ada struktur-struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya

3) Teori Interaksi Simbolik
Bagaimana seseorang menginterpretasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat
Mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif
Melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia
Kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya

Kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya
  • Makna yang simbolik berguna semasa interaksi di mana makna-makna berkenaan menyebabkan  hubungan bertambah mesra
  • Makna adalah sesuatu yang dirundingkan
  • Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar
  • Jalinan interaksi dan aksi akan membentuk kumpulan masyarakat

Konsep Sosialisasi

Sosialisasi adalah proses di mana seseorang individu mempelajari dan menerima nilai, sikap, kemahiran yang dipunyai oleh masyarakat bagi membentuk personalitinya yang tersendiri untuk menjadi ahli masyarakat tersebut. Sosialisasi adalah proses seumur hidup. Tanpa sosialisasi seseorang tidak dapat berinteraksi, bekerja sebagai satu kumpulan atau melakukan kawalan diri. Sosialisasi bukan sahaja menolong seseorang memainkan peranan sosialnya dengan sempurna tetapi secara keseluruhannya ia juga boleh dikatakan sebagai alat untuk mengekalkan kumpulan dan masyarakat. Idea-idea, nilai-nilai dan pola-pola tingkah laku yang menyatukan masyarakat akan terus kekal walaupun ahli-ahlinya berganti

Tujuan proses sosialisasi
  • Mengajar asas-asas kehidupan dalam masyarakat.
  • Menanamkan aspirasi-aspirasi masyarakat. 
  • Menyebarkan kemahiran-kemahiran yang penting dalam masyarakat. 
  • Mengajar untuk menemuhi peranan-peranan sosial

Proses sosialisasi 

Proses sosialisasi berlaku dalam tiga jenis. Antaranya adalah seperti berikut

1) SOSIALISASI PRIMER
2) SOSIALISASI SEKUNDER
3) SOSIALISASI SEMULA

Sosialisasi Primer iaitu proses ini berlaku pada peringkat awal kanak-kanak. Kanak-kanak mempelajari konsep diri, psikomotor, penaakulan dan kemahiran bahasa daripada keluarganya. Sosialisasi Sekunder iaitu berlaku pada peringkat kanak-kanak remaja dan dewasa. Pada  peringkat ini akan berlaku proses pengembangan konsep diri, menerima konsep baru, berlaku  perubahan dan penyesuaiaan akibat daripada interaksi dengan rakan sebaya sekolah, media massa dan masyarakat. Sosialisasi Semula ialah proses ini mungkin berlaku atau tidak berlaku pada seseorang. Sosialisasi semula ini berlaku akibat daripada perubahan secara drastik, mendadak, radikal atau terpaksa yang dialami oleh seseorang. Misalnya berlaku akibat kemalangan, revolusi,  peperangan, perubahan kepercayaan, bencana, ketagihan dadah dan perubahan politik. Konsep kendiri sikap dan taakulan seseorang itu akan berubah dengan cepat

Faktor-faktor yang melingkari sosialisasi adalah:

1) Keluarga
2) Rakan sebaya
3) Agama 
4) Pendidikan 


No comments:

Post a Comment

8.0 RUMUSAN

Masalah disiplin di kalangan pelajar sekali lagi menyentak perhatian seluruh rakyat Malaysia. Umumnya, guru-guru disiplin di sekolah barang...