Friday, November 16, 2018

JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH 

Tingkah laku bermasalah adalah perbuatan yang mengganggu guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Tingkah laku bermasalah juga boleh didefinisikan sebagai tindakan yang menjurus kepada tingkah laku agresif. Justeru itu, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang menghalang guru dan murid-murid lain daripada mencapai pembelajaran optima. Tingkah laku bermasalah ini terbahagi kepada 2 iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif.

Tingkah laku Positif

Tingkah laku positif merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah laku ini mereka akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

1) Tingkah laku ingin tahu
Tingkah laku ingin tahu ini adalah tingkah laku yang baik yang ada pada setiap individu tetapi kadang-kadang ia juga memberi kesan terhadap proses kelancaran pembelajaran dan pengajaran seseorang guru di dalam kelas. Sebagai contohnya, seorang pelajar yang mempunyai keinginan untuk mengetahui perkara yang akan berlaku sewaktu mereka mengadakan uji kaji di dalam makmal akan memberi kesan buruk jika pelajar tersebut membuat kerja itu secara tidak teratur. Kemungkinan untuk terjadi kecederaan di dalam makmal tersebur tinggi.Secara kesimpulannya, perasaan ingin tahu seseorang individu terhadap sesuatu perkara boleh menyebabkan kesan buruk dan membahayakan keselamatan pelajar tersebut. 

2) Tingkah laku cepat belajar. 
Setengah pelajar dalam kategori ini biasanya akan mudah bosan dalam menumpukan perhatian terhadap perkara yang mudah bagi mereka untuk memahaminya. Kadang-kadang, ini menimbulkan rasa bosan dan ingin mencari perkara yang lebih seronok. Oleh itu, mereka akan mengganggu rakan-rakan mereka yang lain dan menyebabkan pengajaran dan pembelajaran tidak berlaku secara baik. Selain itu, pelajar lain yang diganggu gagal memberikan tumpuan yang baik terhadap pembelajaran mereka di dalam bilik darjah.

3) Tingkah laku pelajar cepat belajar
Pelajar pintar cerdas mempunyai kebolehan atau potensi dalam aktiviti intelek seperti pemikiran abstrak, pemikiran logik, kemahiran lisan dan mempunyai daya reka cipta yang tinggi. Daya ingatan pelajar seperti ini adalah tinggi. Pelajar dalam golongan ini juga mempunyai bakat khas 5 dalam matematik, sains, seni lukis, drama, penulisan, muzik dan hubungan manusia. Ini memberi kesan kepada guru dalam sesuatu perkara kerana pelajar tersebut lebih mengetahui terlebih dahulu sebelum guru mengajarnya.

4) Tingkah laku proaktif
Pelajar yang proaktif ini bertindak secara aktif tanpa menunggu arahan dari guru. Mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang kuat sehingga menimbulkan rasa tidak sabar dan bertindak melulu tanpa arahan guru. Ini menyebabkan sebarang kemungkinan  dan kemalangan berlaku. Ini membahayakan keselamatan mereka dan menyukarkan guru jika berlaku perkara yang tidak diingini.

Tingkah laku Negatif

1) Tingkah laku disruptif
Tingkah laku disruptif  adalah individu yang  sentiasa menganggu dan menjejaskan kelicinan perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, tingkah laku menganggu ini juga berlaku di luar bilik darjah sama ada sesama adik beradik mahupun rakan sebaya. Jenis-jenis tingkah laku disruptif termasuk hiperaktif, terlalu membuat bising, pergerakan melampau, menganggu rakan sebaya, gelak terbahak-bahak serta menunjukkan keagresifan fizikal seperti tolak-menolak. Biasanya, tingkah laku ini dialami oleh pelajar lelaki berusia 10 hingga 11 tahun. Selalunya tingkah laku disruptif akan menjadi punca terjadinya tingkah laku distruktif jika emosi tidak terkawal dan melibatkan aspek balas dendam, tidakpuas hati dan sebagainya

2) Tingkah laku distruktif
Tingkah laku distruktif sering berlaku di kalangan pelajar yang berusia 10 hingga 15 tahun.Sikap agresif mereka sering ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku merosakkan sama adamelalui sindiran atau melalui perbuatan fizikal seperti tumbuk-menumbuk, bergaduh,melukai atau menyakiti seseorang yang lain. Tingkah laku merosakkan ini mungkinmelibatkan permusuhan nyata, vandalisme dan klik. Tindakan agresif kepada pihak lawan akan ditunjukkan akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau dendam. Biasanya tingkah laku distruktif di kalangan pelajar berusia 15 tahun amat membahayakan yang boleh mengakibatkan kecederaan pelajar-pelajar lain yang dimusuhi. Sekiranya pelajar melibatkan klik, ia akan menyebabkan kes gangsterisme seperti kejadian pukul di luar sekolah mahupun di dalam sekolah. Tingkah laku distruktif sebenarnya dipelajari sama ada melalui masyarakat, ibu bapa mahupun televisyen

3) Tingkah laku bergantungan
Tingkah laku bergantungan merujuk kepada keadaan di mana seseorang itu bergantung kepada orang lain, sama ada guru atau rakannya untuk menjalankan sesuatu tugasanatau membuat sesuatu keputusan. Individu – individu yang tergolong dalamkumpulan ini termasuk mereka yang menunjukkan sifat pergantunganberlebihan, kebimbangan dan pengunduran diri. Sebagai contohnya, pelajar yang mempunyai perasaan malu untuk menonjolkan diri memerlukan bergantung harap dengan seseorang individu kerana dia tidak yakin akan kebolehan yang ada pada dirinya.

No comments:

Post a Comment

8.0 RUMUSAN

Masalah disiplin di kalangan pelajar sekali lagi menyentak perhatian seluruh rakyat Malaysia. Umumnya, guru-guru disiplin di sekolah barang...