Monday, November 26, 2018

ULASAN VIDEO YOUTUBE BERKAITAN MASALAH TINGKAH LAKU


Video ini memaparkan tentang masalah tingkah laku remaja pada masa kini yang berlaku di kebanyakkan sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Masalah tingkah laku remaja ini merujuk kepada tindak laku yang memberi masalah kepada masyarakat, keluarga dan negara serta mengganggu hak asasi. Masalah ini perlu diambil tindakan segera kerana jika tidak, masalah ini akan semakin teruk dan berleluasa dalam kalangan pelajar sekolah. Antara tingkah laku negatif dalam kalangan pelajar sekolah adalah seperti gengsterisme, buli, mencuri, menipu, merosakkan harta benda dan jenayah juvana.Tingkah laku seperti ini memberi ancaman kepada diri sendiri, masyarakat serta warga sekolah. Tingkah laku buli adalah tingkah laku memeras ugut, menghina, mengejek, memukul, dan memaki yang mengundang ancaman fizikal atau mental seseorang mangsa buli tersebut. Masalah buli ini sering berlaku antara pelajar senior dengan junior atau pelajar yang pendiam. Golongan ini sering menjadi sasaran buli oleh mereka. Jika tingkah laku buli ini semakin teruk ia akan mengakibatkan masalah fizikal dan mental kepada mangsa buli. Dia akan merasa takut untuk datang ke sekolah disebabkan ancaman dari pembuli tersebut. 

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya masalah tingkah laku adalah pelajar tidak dapat mengawal perasaan marah dalam mereka dan menyebabkan mereka melepaskan kemarahan dengan melakukan perkara yang menyebabkan masalah di sekolah seperti masalah buli ini. Seharusnya pelajar perlu bijak dalam mengawal emosi agar mereka tidak melepaskan kemarahan kepada orang yang tidak sepatutnya. Terdapat 3 cara untuk mengawal kemarahan pelajar iaitu meluahkan perasaan marah kepada kawan yang dipercayai dan selesa untuk menceritakan masalah peribadi yang dihadapi oleh pelajar. Dengan cara ini pelajar tidak memendam kemarahan seorang diri dan menimbulkan kemurungan yang menyebabkan gangguan kepada mereka.

Saturday, November 24, 2018

BAB 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

DEFINISI PENGURUSAN MURID PELBAGAI KEUPAYAAN

Menurut Khairul Yusri (2007) menyatakan bahawa perbezaan pelajar ini adalah dari segi ketidaksamaan aspek pembangunan dan perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan keupayaan dalam kalangan pelajar.
Menurut pandangan Tang (1993) menyatakan bahawa perbezaan pelajar adalah satu hakikat yang tidak boleh dinafikan dan perkara ini sering diabaikan apabila manusia mengambil tindakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

TEORI DAN KONSEP DALAM PENGURUSAN MURID PELBAGAI KEUPAYAAN.

1) penggayaan 
2) pemulihan 
3) kecerdasan 
4) keperluan khas

BAB 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAAN

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

BAB 10: PENGURUSAN DAN PENASIHATAN (BIMBINGAN DAN KAUNSELING)

Konsep Kaunseling
Kaunseling merupakan proses untuk membantu perhubunganberdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan. Kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien. Menurut Persatuan Kaunseling amerika pula, kaunseling merujuk kepada aplikasi prinsip-prinsip kesihatan mental, psikologi atau perkembanganmanusia serta strategi intervensi kognitif, afektif atau tingkah laku bagi menangani isu-isu yang berkaitan dengan pertumbuhan peribadi, perkembangan kerjaya atau patologi.


Elemen PENTING dalam Kaunseling

1. Kaunseling adalah profesion
2. Kaunseling berkaitan dengan kesejahteraan, pertumbuhan, personal, kerjaya dan patologi.
3. Kaunseling dijalankan ke atas individu yang normal dan yang mempunyai masalah.
4. Kaunseling dilakukan mengikut teori.
5. Proses yang melibatkan perkembangan dan intervensi.
6. Kaunseling mempunyai pelbagai kepakaran.

BAB 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

Definisi pengurusan tingkah laku dan disiplin


BAB 8: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN



KONSEP BILIK DARJAH
DAHULU
Lima hingga enam pelajar duduk di bawah sebatang pokok  besar dan mendengar ajaran seorang guru sudah dianggap satu bilik darjah.
Surau atau pondok tempat mengaji juga dianggap sebagai satu bilik darjah.

SEKARANG
Sebuah bilik darjah di bawah jagaan seorang guru dianggap bilik darjah.
Padang sekolah yang digunakan juga dinggap bilik darjah.
Padang sekolah yang digunakan oleh pelajar untuk pelajaran pendidikan jasmani juga dianggap bilik darjah.

Pada dasarnya, sebuah bilik darjah secara fizikalnya dilengkapi dengan kerusi, meja palajar, meja guru, papan hitam, alat bantu mengajar dan dua puluh hingga tiga puluh pelajar dalam  satu-satu kelas.

BAB 7: PENGURUSAN SUMBER

Definisi pengurusan sumber

Pengurusan sumber ialah suatu proses perancangan, penggunaan dan penilaian aktiviti menggunakan bahan atau punca yang ada pada diri dan persekitaran untuk mencapai matlamat dan ojektif pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Komponen pengurusan sumber

1) Pengurusan sumber manusia
2) Pengurusan infrastruktur
3) Pengurusan kewangan
4) Pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran
5) Pengurusan pusat sumber


1) Sistem pengurusan pusat sumber
-susun atur pusat sumber
-cara layanan diri di dalam pusat sumber
-kelengkapan sumber maklumat seperti buku rujukan, buku cerita dan buku ilmiah
-belajawan buku setiap tahun

2) Pengurusan Sumber kewangan
- Mendapat sumber dana daripada Kementerian Pendidikan untuk sekolah bantuan kerajaan sepenuhnya.
-Mendapat dana kewangan melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
- Mendapat dana melalui yuran-yuran khas bagi membantu masalah kewangan yang dihadapi oleh pihak sekolah.



BAB 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH

Definisi Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan bilik darjah bermaksud bagaimana guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku (Bosch, 2006).

Ini adalah pakatan di antara guru dan pelajar untuk mengurus segala aspek terdapat dalam bilik darjah yang melibatkan pengurusan pelajar, kemudahan fizikal serta aktiviti yang dilaksanakan agar satu alam belajar yang kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran dapat diwujudkan (Mok Soon Sang, 2011).

Bilik Darjah Abad Ke-21

Keperluan bilik darjah abad ke-21 adalah sangat berbeza daripada keperluan bilik darjah abad ke 20. Dalam bilik darjah abad ke-21, guru adalah fasilitator kepada pembelajaran murid dan pencipta kepada persekitaran bilik darjah yang produktif di mana pelajar boleh membangunkan kemahiran yang diperlukan mereka di tempat kerja.

Fokus bilik darjah abad ke-21 adalah berpusatkan kepada pelajar. Terdapat beberapa elemen yang diterapkan iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Elemen-elemen ini juga disebut sebagai standard asas dalam pembelajaran abad ke-21. Kolaboratif kurikulum berasaskan projek yang digunakan di dalam kelas ini membangunkan kemahiran berfikiran aras tinggi, kemahiran komunikasi yang berkesan dan pengetahuan teknologi yang pelajar perlu di tempat kerja dalam abad 21.






BAB 5: PENGURUSAN MURID

Definisi pengurusan murid 

Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Hal ini kerana pelaksananya di sebuah sekolah akan mencerminkan pretasi sekolah tersebut.

Menurut Suppiah, selain berhadapan dengan pelajar yang bermasalah dan mengalami kecacatan, guru juga berhadapan dengan pelajar yang mempunyai keistemewaan luar biasa dalam kategori pintar, cergas atau pelbagai upaya.

Masalah salah laku yang sering dilakukan oleh pelajar adalah seperti ponteng sekolah, buli, gengstrisme dan merokok. Jika masalah salah laku ini semakin hari semakin meningkatkan, pihak-pihak tertentu perlu mengambil tindakan segera agar salah laku ini dapat diatasi dari terus meningkatkan dalam kalangan pelajar sekolah. Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru untuk mengatasi masalah salah laku adalah :

1) Ibu bapa

Pihak sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa jika anak-anak mereka melakukan salah laku yang melampau batas-batas agar ibu bapa dapat mengambil tindakan segera dengan menegur mereka serta mendidik mereka supaya patuh dengan peraturan sekolah.

2) Masyarakat

Masyarakat juga boleh turut membantu pihak sekolah dalam mengatasi masalah salah laku pelajar dengan bekerjasama dengan pihak sekolah. Masyarakat juga boleh menjadi "mata-mata" pihak sekolah dengan melaporkan jika berlaku gejala sosial yang tidak diingini yang dilakukan oleh pelajar pada waktu sekolah di kawasan persekitraan sekolah. Sebagai contohnya, pihak sekolah boleh meminta supaya masyarakat yang terserempak dengan pelajar yang ponteng sekolah untuk melapor kepada pihak sekolah

BAB 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI DI SEKOLAH

Definisi Kepimpinan

Kepimpinan merujuk kepada keupayaan memimpin merangkumi kebolehan,pencapaian,kejayaan pemimpin dan sebagainya.

Kepimpinan adalah suatu proses menggerakkan sekumpulan manusia menuju kepada suatu yang telah ditetapkan melalui dorongan yang tidak memaksa. Kepimpinan yang baik menggerakkan manusia untuk memenuhi kehendak jangka panjang

Menurut kamus dewan, kepimpinan ialah keupayaan memimpin melalui teladan.


Definisi Organisasi

Organisasi merupakan sekelompok orang (dua atau lebih) yang secara formal dipersatukan dalam suatu kerjasama untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan.

Menurut kamus dewan, organisasi ialah kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan untuk tertentu


Gaya Kepimpinan

1) Autokritik

Gaya kepimpinan autokratik lebih mementingkan pelaksanaan tugas. Seseorang itu memimpin dengan menggunakan sumber kuasa formal. Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan ini akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi.

2) Demokratik

Gaya kepimpinan demokratik dikenali sebagai pemimpin yang mengalakkan kesemua kakitangan melibatkan diri dalam organisasinya. Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil. 

3) Laissez-faire

Gaya kepimpinan Laissez-faire adalah pemimpin tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Beliau biasanya tidak peduli mengenai kerja mahupu hasilnya. Kuasa yang ada padanya tidak digunakan. Pemimpin jenis ini akan membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya.


BAB 3: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Definisi Pengurusan

Pengurusan ialah proses merancang, menyusun, mengarah atau mengawal sesuatu kerja dengan cara sistematik dan teratur agar sesuatu yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.

Definisi Pembelajaran

Pembelajaran  adalah merujuk kepada perubahan dalam tingkahlaku subjek atau tingkah laku berpotensi dalam suatu  situasi yang diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman berulang subjek dalam situasi tersebut.

Definisi Pengurusan Pembelajaran

Proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang.

Kepentingan Pengurusan Pembelajaran

1) Memastikan kelancaran perjalanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
2) Berperanan dalam meningkatkan prestasi pelajar kerana melatih  kebolehan mengurus dengan cara betul.
3) Berfungsi dalam penyampaian ilmu iaitu berpandukan sukatan pelajaran 
4) Mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran.
5) Meningkatkan pengawalan kelas yang berkesan.
6) Menjadikan suasana pembelajaran yang menarik.


Thursday, November 22, 2018

BAB 2: INTERAKSI PEMBELAJARAN

Definisi Interaksi

Interaksi adalah tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain
dan tindak balas antara dua pihak atau lebih.

Jenis-jenis interaksi dalam bilik darjah.

1) Interaksi satu hala
Interaksi satu hala adalah interaksi antara guru dengan pelajar. Interaksi ini memaksa pelajar untuk menerima apa sahaja ilmu yang diajar oleh guru tanpa memberi peluang kepada pelajar untuk menanyakan soalan yang tidak difahami. Guru yang mengambilkan interaksi sosial amalkan pendekatan autoritarian, pelajar tiada kuasa utk berinteraksi dgn pelajar lain. Antara ciri-ciri interaksi sehala adalah: 

  • Corak interaksi bilik darjah ditentukan oleh guru kelas
  • Tiada interaksi yang berlaku antara pelajar dengan pelajar.
  • Pelajar tidak terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara aktif.


2) Interaksi dua hala

Interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar. Sebagai contohnya menjadi dua hala bila guru bertanya pelajar menjawab atau pelajar bertanya guru menjawab. Guru boleh menggunakan pendekatan yang berlainan seperti perbincangan atau kaedah induktif, interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah bertukar menjadi dua hala. Ciri-ciri interaksi dua hala antara guru dengan pelajar adalah:

  • Aktiviti pengajaran dan pembelajaran bercorak aktif.
  • Perhubungan guru dengan pelajar menjadi rapat akibat komunikasi terbuka antara guru dengan pelajar di dalam kelas.
Kepentingan interaksi dalam bilik darjah.

1) memotivasikan pelajar untuk lebih minat belajar dan menarik tumpuan pelajar kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

2) interaksi yang berlaku dapat mengeratkan hubungan antara guru dengan pelajar dan guru mudah untuk mendekatkan diri dengan pelajar. Perhubungan guru dan murid-muridnya yang mesra adalah syarat penting bagi guru menyampai pelajaran dengan berkesan.
3) Interaksi dan komunikasi guru amat penting kerana menjadi medium dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah serta melalui interaksi ini guru dapat melaksanakan rancangan mengajarnya mengikut objektif pelajar yang ditentukan.








Tuesday, November 20, 2018

BAB 1: SOSIOLOGI PEMBELAJARAN

Definisi sosiologi

Sosiologi adalah sebagai kajian mengenai kehidupan sosial, perubahan sosial, dan sebab-sebab sosial dan akibat dalam tingkah laku manusia (American Sociological Association, 2006). Sosiologi merupakan kajian saintifik mengenai masyarakat dan tingkah laku manusia. Sosiologi juga merupakan ilmu disiplin intelektual yang khusus yang mengenai hubungan sosial manusia pada umumnya serta perilaku manusia yang berkaitan dengan struktur-struktur kemasyarakatan dan kebudayaan yang dimiliki, dibahagi, dan ditunjang bersama.

Definisi Pembelajaran

Pembelajaran adalah perolehan maklumat dan pengetahuan baru, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap kepercayaan. Pembelajaran yang dimaksud di sini merupakan kurikulum yang menuntut sikap proaktif guru dalam menciptakan dan memodifikasikan aktiviti pelajar bersesuaian dengan perancangan yang telah dibuat. Yang menjadi kunci atau persoalan utama dalam rangka menentukan  tujuan pembelajaran adalah keperluan pelajar, mata pelajaran atau bidang pembelajaran yang diajarkan oleh guru itu sendiri.

3 teori pembelajaran

1) Teori Fungsionalisme
Teori fungsionalisme memandang masyarakat sebagai suatu sistem yang terdiri atas bagian yang saling berkaitan (agama, pendidikan, politik, keluarga). Teori ini mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri.

Sebagai contohnya, dalam pengurusan pembelajaran peranan guru adalah memastikan pembelajaran mengikut apa yang dirancang dan murid perlu mengetahui tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar di sekolah.

2) Teori Konflik
Menganalisis konflik-konflik dalam masyarakat
Berlaku konflik dalam struktur masyarakat
Mengkritik kapitalisme
Persoalan mengenai sama ada struktur-struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya

3) Teori Interaksi Simbolik
Bagaimana seseorang menginterpretasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat
Mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif
Melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia
Kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya

Kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya
  • Makna yang simbolik berguna semasa interaksi di mana makna-makna berkenaan menyebabkan  hubungan bertambah mesra
  • Makna adalah sesuatu yang dirundingkan
  • Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar
  • Jalinan interaksi dan aksi akan membentuk kumpulan masyarakat

Konsep Sosialisasi

Sosialisasi adalah proses di mana seseorang individu mempelajari dan menerima nilai, sikap, kemahiran yang dipunyai oleh masyarakat bagi membentuk personalitinya yang tersendiri untuk menjadi ahli masyarakat tersebut. Sosialisasi adalah proses seumur hidup. Tanpa sosialisasi seseorang tidak dapat berinteraksi, bekerja sebagai satu kumpulan atau melakukan kawalan diri. Sosialisasi bukan sahaja menolong seseorang memainkan peranan sosialnya dengan sempurna tetapi secara keseluruhannya ia juga boleh dikatakan sebagai alat untuk mengekalkan kumpulan dan masyarakat. Idea-idea, nilai-nilai dan pola-pola tingkah laku yang menyatukan masyarakat akan terus kekal walaupun ahli-ahlinya berganti

Tujuan proses sosialisasi
  • Mengajar asas-asas kehidupan dalam masyarakat.
  • Menanamkan aspirasi-aspirasi masyarakat. 
  • Menyebarkan kemahiran-kemahiran yang penting dalam masyarakat. 
  • Mengajar untuk menemuhi peranan-peranan sosial

Proses sosialisasi 

Proses sosialisasi berlaku dalam tiga jenis. Antaranya adalah seperti berikut

1) SOSIALISASI PRIMER
2) SOSIALISASI SEKUNDER
3) SOSIALISASI SEMULA

Sosialisasi Primer iaitu proses ini berlaku pada peringkat awal kanak-kanak. Kanak-kanak mempelajari konsep diri, psikomotor, penaakulan dan kemahiran bahasa daripada keluarganya. Sosialisasi Sekunder iaitu berlaku pada peringkat kanak-kanak remaja dan dewasa. Pada  peringkat ini akan berlaku proses pengembangan konsep diri, menerima konsep baru, berlaku  perubahan dan penyesuaiaan akibat daripada interaksi dengan rakan sebaya sekolah, media massa dan masyarakat. Sosialisasi Semula ialah proses ini mungkin berlaku atau tidak berlaku pada seseorang. Sosialisasi semula ini berlaku akibat daripada perubahan secara drastik, mendadak, radikal atau terpaksa yang dialami oleh seseorang. Misalnya berlaku akibat kemalangan, revolusi,  peperangan, perubahan kepercayaan, bencana, ketagihan dadah dan perubahan politik. Konsep kendiri sikap dan taakulan seseorang itu akan berubah dengan cepat

Faktor-faktor yang melingkari sosialisasi adalah:

1) Keluarga
2) Rakan sebaya
3) Agama 
4) Pendidikan 


Monday, November 19, 2018

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU BERMASALAH 

1) Faktor Gentik/Keluarga

Pengaruh Baka Genetik


Ahli psikologi bersetuju bahawa salah laku dipengaruhi juga oleh baka. Contohnya perangai sifat introvert atau ekstrovert dipengaruhi oleh genetik. Begitu juga dengan pantulan dan ketakutan, cepat atau mudah marah, rasa tegang selalu dan bimbang.Baka juga merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan aspek fizikalseserorang. Sekiranya ibu bapanya berbadan gemuk kemungkinan anaknya akan gemuk.Oleh kerana kanak-kanak itu gemuk menyebabkan ia malu serta pendiam dan tidak mahu bergaul dengan rakan-rakan, mungkin ia takut diejek dan sebagainya.Perkembangan mental seseorang itu adalah banyak dipengaruhi oleh faktor baka.Kecerdasan tinggi atau rendah, biasanya telah ditentukan oleh baka yang diwarisidaripada ibu bapanya. Sekiranya ibu bapanya mempunyai kecerdasan yang rendah mereka akan mempunyai anak-anak yang lemah  kecerdasannya. Ini menyebabkan timbul rasa rendah diri, mengasingkan diri dan terbelakang dari rakan sebaya


Hubungan keluarga dan anak.


Suasana rumah yang mesra dan harmonis adalah menggalakkan ketenteraman tingkahlaku terkawal. Perhubungan ibu bapa yang baik akan menjamin suasana rumah yangtenteram yang amat diperlukan untuk kestabilan emosi. Kasih sayang, layanan, asuhandan perhatian yang diberi oleh ibu bapa akan secara langsung membantu perkembanganemosi.Sebaliknya, ibu bapa yang tidak pengasih boleh menyebabkan salah laku, anaknyamelawan, kurang bercakap dan berasa iri hati.Misalnya ibu bapa yang mewujudkan perasaan tegang dalam keluarga menyebabkan anak-anak tidak diterima, rasa tersingkir dan kurang selesa

Penceraian ibu bapa


Banyak kajian menunjukkan bahawa masalah salah laku sering dialami oleh kanak-kanak apabila berlaku penceraian dikalangan ibu bapa mereka. Corak tingkah laku berbeza diantara kanak-kanak dan ia berhubungkait dengan perkara-perkara seperti jantina danusia. Kanak-kanak yang terganggu emosinya lebih sering mengeluh sakit seperti demam,sakit tekak, sakit perut dan sebagainya.Seseorang akan merasa marah terhadap ibu bapanya kerana bercerai dan dia melepaskan perasaan marahnya itu melalui perubahan sikap mendadak. Dia menjadi degil, bersikap panas baran, bertumbuk dengan budak-budak lain, mencuri, ponteng sekolah, bercampur dengan kumpulan budak-budak nakal dan menghisap rokok. Dia menjadi penyedih dantidak suka bergaul, asyik menyendiri, menangis seorang diri, tidak tidur lena malam dankelihatan malas.



2) Persekitaran

Sekolah

Pelajar banyak menghabiskan hampir separuh masa di sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua penting berbanding dengan pengaruh keluarga. Jenis kepimpinan dan suasana sekolah mempengaruhi tingkah laku pelajar. Pelajar mudah bosan jika persekitaran sekolah yang terlalu banyak masalah. Faktor tingkah laku bermasalah berlaku disebabkan persekitaran sekolah seperti kurikulum yang terlalu padat dan memenatkan pelajar, terlalu berfokus pada peperiksaan sehingga murid rasa tertekan dan menunjukkan tingkah laku bermasalah disusuli dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang membosankan, tidak menarik serta tidak mempunyai objektif yang jelas. Ini menjadikan pelajar malas datang ke kelas dan ponteng kelas dan berlaku masalah tingkah laku bermasalah 


Rakan sebaya
Persekitaran rakan sebaya yang negatif juga menjadi faktor berlakunya tingkah laku bermasalah. Hal ini kerana rakan sebaya merupakan orang yang selalu ada dengan mereka bila mana ibu bapa mereka terlalu sibuk dengan pekerjaan mereka sehingga mengabaikan kasih sayang yang sepatutnya diterima oleh anak-anak mereka. Oleh itu, mereka mencari kasih sayang dan perhatian dari rakan sebaya yang selalu ada dengan mereka sehingga mereka terpengaruh dengan rakan sebaya yang negatif. Mereka mudah mengikut apa yang rakan sebaya lakukan supaya mendapat penghargaan dari rakan sebaya. Antara tingkah laku bermasalah yang berpunca dari persekitraan rakan sebaya yang negatif adalah seperti gengsterisme, vandalisme, buli dan mencuri.






Saturday, November 17, 2018

TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN.

1) Peneguhan
Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi
Hal ini kerana, peneguhan sangat penting untuk mengekalkan, meningkatkan atau mengurangkan tingkah laku bermasalah. Menurut Skinner (1990), peneguhan adalah apabila sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang mengulang tingkah laku ini akan bertambah. Dalam mengaplikasikan teknik peneguhan, peneguhan(ganjaran) yang diberikan hendaklah sesuai dan berkesan untuk pelajar. Peneguhan merupakan sesuatu objek atau situasi yang dapat meneguhkan atau mengekalkan tindak balas atau kelakuan pada masa kini atau memungkinkan peningkatan perlakuan pada masa akan datang. Peneguhan yang diberikan mestilah sesuatu yang disukai oleh pelajar. Peneguhan terbahagi kepada 2 iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.

-Peneguhan positif
Peneguhan positif adalah peneguhan yang dibuat untuk meningkatkan/mengekalkan tingkah laku sedia ada pada seorang pelajar. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan oleh guru sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, peneguhan positif dapat memberi dorongan dan semangat kepada mereka untuk terus berusaha lebih gigih hingga berjaya capai apa yang diinginkan. Antara contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah guru boleh memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman yang ikhlas agar suasana dalam bilik darjah dalam keadaan ceria dan konduksif, menepuk bahu sebagai tanda bangga terhadap pelajar, dan memberi hadiah sebagai tanda penghargaan atas pencapaiannya.

-Peneguhan negatif
Peneguhan negatif adalah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Dengan adanya peneguhan negatif ini, seseorang individu kemungkinan mengulang tingkah laku yang dapat mengelak atau mengurangkan keadaan yang negatif. Peneguhan negatif dapat dilakukan secara berterusan atau berkala. Sebagai contohnya, seorang pelajar tidak menyiapkan kerja sekolahnya. Oleh itu, guru telah menegur dan memarahinya. Lalu pelajar tersebut cuba untuk menyiapkan kerja sekolahnya dan tidak berani untuk mengulangi nya lagi.

2) Denda
Denda adalah satu proses atau tatacara untuk menghentikan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Skinner berpendapat bahawa denda hanya boleh membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja. Selepas itu, tingkah laku yang tidak diingini biasanya diulangi lagi.
Contohnya, murid yang didenda, kerana tidak boleh menguasai setengah-tengah kemahiran matematik, mungkin akan timbulnya sikap kebencian terhadap pembelajaran matematik.

3) Pelupusan/ penghapusan
Pelupusan/pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya. Teknik ini bertujuan mengurangkan dan melupuskan tingkah laku yang tidak diingini.
Sebagai contohnya, jika  guru ingin seorang murid untuk bertindak laku dalam cara tertentu, dia boleh mewujudkan situasi dimana murid-murid tidak mendapatkan sebarang peneguhan atau perhatian selepas menunjukkan sesuatu tingkah laku bermasalah.

4) Prinsip Premack
Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai “Grandma’s Rule” yang berasaskan kenyataan “kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran ini”. Sebagai guru, kita boleh menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid. Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran matematik, satu aktiviti bermain komputer akan diadakan.



KESAN TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU

  • Kemahiran atau teknik yang baru dipelajari diberi peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya dapat dikukuh dan dikekalkan
  • Peneguhan yang positif membawa keseronokan adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif yang membawa kesakitan.
  • Prinsip pelupusan/penghapusan sesuai  untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diingini.
  • Membantu pelajar menguasai konsep supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat.
  • Kadangkala, peneguhan negatif sesuai untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini. Misalnya, menarik balik pemberian waktu rehat jika pelajar tidak mematuhi peraturan atau displin bilik darjah.





Friday, November 16, 2018

JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH 

Tingkah laku bermasalah adalah perbuatan yang mengganggu guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Tingkah laku bermasalah juga boleh didefinisikan sebagai tindakan yang menjurus kepada tingkah laku agresif. Justeru itu, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang menghalang guru dan murid-murid lain daripada mencapai pembelajaran optima. Tingkah laku bermasalah ini terbahagi kepada 2 iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif.

Tingkah laku Positif

Tingkah laku positif merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah laku ini mereka akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

1) Tingkah laku ingin tahu
Tingkah laku ingin tahu ini adalah tingkah laku yang baik yang ada pada setiap individu tetapi kadang-kadang ia juga memberi kesan terhadap proses kelancaran pembelajaran dan pengajaran seseorang guru di dalam kelas. Sebagai contohnya, seorang pelajar yang mempunyai keinginan untuk mengetahui perkara yang akan berlaku sewaktu mereka mengadakan uji kaji di dalam makmal akan memberi kesan buruk jika pelajar tersebut membuat kerja itu secara tidak teratur. Kemungkinan untuk terjadi kecederaan di dalam makmal tersebur tinggi.Secara kesimpulannya, perasaan ingin tahu seseorang individu terhadap sesuatu perkara boleh menyebabkan kesan buruk dan membahayakan keselamatan pelajar tersebut. 

2) Tingkah laku cepat belajar. 
Setengah pelajar dalam kategori ini biasanya akan mudah bosan dalam menumpukan perhatian terhadap perkara yang mudah bagi mereka untuk memahaminya. Kadang-kadang, ini menimbulkan rasa bosan dan ingin mencari perkara yang lebih seronok. Oleh itu, mereka akan mengganggu rakan-rakan mereka yang lain dan menyebabkan pengajaran dan pembelajaran tidak berlaku secara baik. Selain itu, pelajar lain yang diganggu gagal memberikan tumpuan yang baik terhadap pembelajaran mereka di dalam bilik darjah.

3) Tingkah laku pelajar cepat belajar
Pelajar pintar cerdas mempunyai kebolehan atau potensi dalam aktiviti intelek seperti pemikiran abstrak, pemikiran logik, kemahiran lisan dan mempunyai daya reka cipta yang tinggi. Daya ingatan pelajar seperti ini adalah tinggi. Pelajar dalam golongan ini juga mempunyai bakat khas 5 dalam matematik, sains, seni lukis, drama, penulisan, muzik dan hubungan manusia. Ini memberi kesan kepada guru dalam sesuatu perkara kerana pelajar tersebut lebih mengetahui terlebih dahulu sebelum guru mengajarnya.

4) Tingkah laku proaktif
Pelajar yang proaktif ini bertindak secara aktif tanpa menunggu arahan dari guru. Mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang kuat sehingga menimbulkan rasa tidak sabar dan bertindak melulu tanpa arahan guru. Ini menyebabkan sebarang kemungkinan  dan kemalangan berlaku. Ini membahayakan keselamatan mereka dan menyukarkan guru jika berlaku perkara yang tidak diingini.

Tingkah laku Negatif

1) Tingkah laku disruptif
Tingkah laku disruptif  adalah individu yang  sentiasa menganggu dan menjejaskan kelicinan perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, tingkah laku menganggu ini juga berlaku di luar bilik darjah sama ada sesama adik beradik mahupun rakan sebaya. Jenis-jenis tingkah laku disruptif termasuk hiperaktif, terlalu membuat bising, pergerakan melampau, menganggu rakan sebaya, gelak terbahak-bahak serta menunjukkan keagresifan fizikal seperti tolak-menolak. Biasanya, tingkah laku ini dialami oleh pelajar lelaki berusia 10 hingga 11 tahun. Selalunya tingkah laku disruptif akan menjadi punca terjadinya tingkah laku distruktif jika emosi tidak terkawal dan melibatkan aspek balas dendam, tidakpuas hati dan sebagainya

2) Tingkah laku distruktif
Tingkah laku distruktif sering berlaku di kalangan pelajar yang berusia 10 hingga 15 tahun.Sikap agresif mereka sering ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku merosakkan sama adamelalui sindiran atau melalui perbuatan fizikal seperti tumbuk-menumbuk, bergaduh,melukai atau menyakiti seseorang yang lain. Tingkah laku merosakkan ini mungkinmelibatkan permusuhan nyata, vandalisme dan klik. Tindakan agresif kepada pihak lawan akan ditunjukkan akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau dendam. Biasanya tingkah laku distruktif di kalangan pelajar berusia 15 tahun amat membahayakan yang boleh mengakibatkan kecederaan pelajar-pelajar lain yang dimusuhi. Sekiranya pelajar melibatkan klik, ia akan menyebabkan kes gangsterisme seperti kejadian pukul di luar sekolah mahupun di dalam sekolah. Tingkah laku distruktif sebenarnya dipelajari sama ada melalui masyarakat, ibu bapa mahupun televisyen

3) Tingkah laku bergantungan
Tingkah laku bergantungan merujuk kepada keadaan di mana seseorang itu bergantung kepada orang lain, sama ada guru atau rakannya untuk menjalankan sesuatu tugasanatau membuat sesuatu keputusan. Individu – individu yang tergolong dalamkumpulan ini termasuk mereka yang menunjukkan sifat pergantunganberlebihan, kebimbangan dan pengunduran diri. Sebagai contohnya, pelajar yang mempunyai perasaan malu untuk menonjolkan diri memerlukan bergantung harap dengan seseorang individu kerana dia tidak yakin akan kebolehan yang ada pada dirinya.

Friday, November 9, 2018

DEFINISI PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

Definisi Pengurusan Tingkah Laku

Pengurusan TIngkah Laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifasikan tingkah laku bermasakah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.

Definisi Tingkah Laku

Tingkah laku  adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak secara sedar atau separa sedar.

Menurut Wikipedia, tingkah laku manusia ialah sekumpulan tingkah laku yang ditonjolkan oleh manusia dan dipengaruhi oleh budaya, sikap, emosi, nilai, etika, autoriti, hubung baik, pujukan, paksaan atau genetik. Ia merupakan salah satu faktor yang penting dalam masyarakat manusia. Menurut sudut pandangan humanisme, setiap manusia mempunyai tingkah laku yang berbeza. Tingkah laku manusia dikaji dalam disiplin akademik seperti psikologi, kerja sosial sosiologi, ekonomi dan antropologi.









8.0 RUMUSAN

Masalah disiplin di kalangan pelajar sekali lagi menyentak perhatian seluruh rakyat Malaysia. Umumnya, guru-guru disiplin di sekolah barang...