Pengurusan bilik darjah bermaksud bagaimana guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku (Bosch, 2006).
Ini adalah pakatan di antara guru dan pelajar untuk mengurus segala aspek terdapat dalam bilik darjah yang melibatkan pengurusan pelajar, kemudahan fizikal serta aktiviti yang dilaksanakan agar satu alam belajar yang kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran dapat diwujudkan (Mok Soon Sang, 2011).
Bilik Darjah Abad Ke-21
Keperluan bilik darjah abad ke-21 adalah sangat berbeza daripada keperluan bilik darjah abad ke 20. Dalam bilik darjah abad ke-21, guru adalah fasilitator kepada pembelajaran murid dan pencipta kepada persekitaran bilik darjah yang produktif di mana pelajar boleh membangunkan kemahiran yang diperlukan mereka di tempat kerja.
Fokus bilik darjah abad ke-21 adalah berpusatkan kepada pelajar. Terdapat beberapa elemen yang diterapkan iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Elemen-elemen ini juga disebut sebagai standard asas dalam pembelajaran abad ke-21. Kolaboratif kurikulum berasaskan projek yang digunakan di dalam kelas ini membangunkan kemahiran berfikiran aras tinggi, kemahiran komunikasi yang berkesan dan pengetahuan teknologi yang pelajar perlu di tempat kerja dalam abad 21.
No comments:
Post a Comment