Sunday, December 2, 2018

8.0 RUMUSAN

Masalah disiplin di kalangan pelajar sekali lagi menyentak perhatian seluruh rakyat Malaysia. Umumnya, guru-guru disiplin di sekolah barangkali terbiasa dengan kesalahan pelajar-pelajar seperti memonteng sekolah, melawan guru, menghisap rokok di sekolah dan sebagainya. Disiplin penting bagi membolehkan proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesann dan teratur. Selain itu, proses pengajaran yang dirancang oleh guru dapat dijalankan dengan teratur tanpa gangguan dengan adanya disiplin. Pelajar menjadi lebih bermotivasi dan bertindak secara aktif apabila mereka berdisiplin. Semua pihak haruslah bekerjasama dalma menangani masalah tingkah laku disiplin pelajar sebelum nasi menjadi bubur.
Demi mewujudkan generasi yang lebih berguna pada masa hadapan juga, langkah drastik daripada semua pihak patut dilaksanakan. Tindakan dari satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Jadi sama-sama kita berganding bahu untuk menangani maslah tingkah laku dan disiplin pelajar ini. Dalam hal ini, semua pihak harus menanganinya secara kolektif dan bijaksana. Aliran fahaman remaja berubah dari zaman ke zaman dan cara menanganinya akan turut berubah. Ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat dan media harus sentiasa menyumbang kepada penyelesaian masalah ini. Menghadapi cabaran globalisasi yang tiada sempadan ini memungkinkan semua maklumat sama ada baik atau benar disalurkan secara terus kepada remaja.Remaja mungkin mempunyai akses melakukan apa yang mereka mahu, tetapi hanya dengan keimanan yang tinggi dan kesedaran sivik. Di bawah adalah merupakan peranan setiap pihak yang saya selitkan yang perlu dititikberatkan oleh semua pihak yang berkenaan.

Peranan remaja
· Mencari kawan sebaya (peers) yang betul. Umumnya, remaja banyak menghabiskan masa di sekolah bersama rakan-rakan. Pemilihan rakan sebaya yang betul dapat mengelakkan daripada terpengaruh dengan unsur-unsur yang salah. Rakan yang baik adalah rakan yang mengingatkan kita semasa kita tersalah arah dan laku. Selalunya rakan-rakan terdiri daripada orang yang sebaya dan bersependapat dalam banyak hal. Maka remaja harus berhati-hati dalam memilih rakan.
· Mendapatkan bantuan jika ada masalah. Remaja perlu mendapatkan nasihat daripada orang lain selain rakan sebaya jika menghadapi masalah di rumah atau dengan rakan-rakan. Kebanyakan remaja lebih suka mendiamkan diri dengan masalah mereka ataupun hanya menceritakan kepada rakan sebaya. Akibatnya, kadangkala langkah yang diambil menjadi masalah kepada orang lain kerana tidak selari dengan tuntutan agama dan undang-undang. Berbincang dengan kaunselor atau guru dapat membantu sekiranya ibu bapa dan penjaga tidak memahami masalah remaja.
· Berusaha menjadi contoh yang baik. Sikap ini harus ada pada setiap remaja kerana ia dapat membantu remaja untuk mengawal diri. Sekurang-kurangnya jka tidak boleh menjadi contoh yang baik kepada orang lain, jadilah contoh dalam ahli keluarga sendiri dan juga pada diri sendiri. Rasa bersalah sekiranya melakukan kesalahan harus dibayar dengan azam untuk tidak mengulanginya lagi dan tidak berharap orang yang terdekat melakukannya.

Peranan sekolah
· Subjek yang diajar harus ada nilai tambah, iaitu menerapkan nilai-nilai murni dalam setiap kelas. Kelas boleh dijalankan dengan interaktif supaya pelajar lebih berminat untuk datang ke sekolah dan meneruskan kelas. Elemen subjek agama dan sivik seharusnya ada dalam setiap subjek supaya remaja akan terdidik dengan nilai-nilai murni dalam setiap apa yang dipelajarinya.
· Sentiasa berbincang dengan ibu bapa. Guru kelas boleh mengambil langkah yang proaktif dengan menyelidik latar belakang pelajar-pelajar kelasnya dan menghubungi ibu bapa untuk berbincang jika timbul apa-apa masalah yang boleh membawa kepada perlakuan disiplin. Melabel murid jahat bukanlah penyelesaiannya, tetapi guru seharusnya berusaha untuk memahami punca pelajar bertindak sedemikian. Guru kaunseling juga harus ditambah kerana pelajar boleh merujuk kepada mereka di atas apa-apa masalah yang mereka hadapi.
Peranan Keluarga
· Contoh yang baik. Ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik untuk diteladani. Elakkan pertengkaran di hadapan anak-anak serta perlakuan yang menyebabkan anak-anak berdendam dan tidak berpuas hati. Setiap ibu bapa pastinya menginginkan anak-anak mereka menjadi baik, tetapi ibu bapa seharusnya terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik untuk diikuti. Selain itu ibubapa harus prihatin dengan pergerakan serta rakan anak-anak untuk mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku.
· Berusaha memahami keperluan emosi dan jasmani anak-anak. Boleh dikatakan masalah banyak berpunca daripada masalah dalaman iaitu masalah keperluan psikologi. Justeru itu adalah wajar bagi ibu bapa untuk mempelajari keperluan psikologi anak-anak dan cara-cara menangani setiap isu. Ibu bapa juga harus berperanan memperlengkapkan anak-anak dengan ilmu agama dan kekuatan spiritual supaya lebih kuat berdepan dengan cabaran-cabaran masa kini.
Peranan masyarakat dan media
· Masyarakat juga harus berperanan dalam hal ini. Membantu remaja-remaja yang bermasalah seharusnya bermula dengan memahami situasi keluarga remaja berkenaan. Jiran-jiran misalnya boleh membantu dalam mengenal pasti remaja yang bermasalah dan cuba membawa mereka ke jalan yang baik melalui teguran yang berhemah. Media massa juga dapat membantu dari segi pengisian rancangan di televisyen, radio dan juga di suratkhabar. Program-program yang disediakan seharusnya lebih berinformatif dan menjana pemikiran remaja.

7.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

7.2 Mengenalpasti Ciri-ciri Tingkah Laku Positif dan Tingkah Laku Negatif
Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang boleh merosakkan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalm bilik darjah. Kajian membawa kepada dua pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif.Manakala untuk tingkah laku bermasalah negative pula ialah perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti-sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan.Seseorang murid itu mempunyai masalah bertingkah laku positif dan negative, ia akan membawa kesan yang tidak baik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Antara ciri-ciri yang ada pada murid-murid yang bermasalah tingkah laku ialah penumpuan yang singkat, memencil dan menarik diri daripada aktiviti kelas, tidak bergantung kepada seseorang, tidak mesra dengan guru dan orang lain, gopoh dan tidak sabra, motivasi kendiri rendah, agresif, melanggar perintah, sentiasa mempunyai perasaan negative, memberi jawapan sesuka hati, kurang kemahiran mengawal emosi, perlakuan hiperaktif dan sering resah serta kurang kepercayaan terhadap kebolehan diri. Antara faktor yang mempengaruhi pengurusan tingkah laku positif dan negatif ialah kedudukan tempat duduk murid yang jauh dari guru, susun atur peralatan seperti meja, kerusi dan almari dan alat bahan mengajar yang dipamerkan terlalu bosan dan tidak menarik perhatian.
Tingkah laku positif merupakan tingkah laku pelajar yang baik. Ianya dapat memabntu perkembangan pelajar. Pelajar akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sikap ingin tahu pelajar akan membantu guru dalam merangsang pemikiran pelajar dan penting dalam perkembangan kognitif mereka. Tingkah laku positif  merangkumi tingkah laku ingin tahu iaitu sikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang dilihat. Seterusnya, tingkah laku cepat belajar iaitu tingkah laku yang cepat menangkap atau ‘catch up’ sesuatu perkara yang baru dengan cepat. Selain itu, tingkah laku pintar cerdas iaitu sikap yang sentiasa cepat dan pantas apabila menggunakan otak dan berfikir.
Tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Tingkah laku negatif ini akan mengganggu perkembangan pelajar. Pelajar yang suka mengganggu rakan lain dan pelajar yang sering memberontak dalam kelas merupakan contoh pelajar yang mempunyai tingkah laku negatif. Tingkah laku bermasalah negative merangkumi tingkah laku yang mengahalang (bergantung) iaitu tingkah laku yang boleh membahayakan diri. Seterusnya, kebimbangan iaitu tingkah laku yang sentiasa berasa takut, menunjukkan reaksi bimbang dan tiada keyakinan diri. Selain itu, pengasingan diri iaitu tingkah laku yang tidak suka bergaul atau berkomunikasi dengan kawan-kawan, sikap merendah diri yang terlalu tinggi dan juga perasaan malu yang melampau terhadap kawan-kawan.

4.3 Bentuk Pengurusan Tingkah Laku dan Disiplin Pelajar
Melalui kajian, kami dapati terdapat dua bentuk disiplin pelajar iaitu iaitu disiplin asas dan disiplin instrinsik atau kendiri. Disiplin asas melibatkan individu dalam masyarakat yang lebih besar seperti pematuhan peraturan yang telah ditetapkan oleh institusi- institusi bukan format atau formal yang wujud dalam masyarakat demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan hidup seharian. Manakala, disiplin instrik atau kendiri pula adalah disiplin yang lahir dalam diri individu yang merangkumi sifat empati, mempunyai kesedaran sivik, moral, agama dan pergaulan yang tinggi dalam masyarakat. Dua bentuk disiplin perlu ada dalam diri setiap pelajar bagi melahirkan pelajar yang bukan hanya bejaya dari sudut akademik tetapi Berjaya juga dalam keperibadian dan akhlak yang baik.
  Kaedah pengurusan tingkahlaku dan disiplin yang baik akan memberi kesan yang baik terhadap diri pelajar dan sekolah. Melalui hasil temu bual guru-guru dari tiga buah sekolah menengah yang berbeza, kami dapati terdapat perbezaan cara atau kaedah yang diguna pakai dalam pengurusan disiplin di sekolah masing-masing. Terdapat sekolah yang melaksanakan pengurusan disiplin dengan baik dan ada juga sebaliknya.  Contoh kaedah daripada sekolah yang baik pengurusannya adalah sekolah ini mementingkan ketelusan sesuatu masalah yang timbul sebelum menjatuhkan sebarang hukuman terhadap pelajar. Setelah masalah telah dikenal pasti, surat amaran pertama sebagai tanda peringatan kepada pelajar akan dikeluarkan. Jika pelajar masih mengulangi kesalahan yang sama surat amaran kedua dan ketiga akan dikeluarkan. Pihak sekolah akan mengambil tindakan membuang terus pelajar dari sekolah bagi pelajar yang mengulangi kesalahan yang sama disamping masalah yang dihadapi adalah masalah yang serius seperti rekod kehadiran yang sangat teruk, kes buli dan lain-lain. 

7.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

7.4 Mengenalpasti peraturan dan undang-undang yang diguna pakai dalam pengurusan tingkah laku dan disiplin pelajar di sekolah.
Disiplin sekolah yang baik dan sempurna akan memberi faedah kepada guru dan pelajar terutamanya dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dapat dijalankan secara licin dan teratur serta pembelajaran dapat dilangsungkan dalam suasana yang tenang.
Keselamatan para pelajar adalah penting dan ia akan terjamin selagi pelajar-pelajar mengikut peraturan sekolah. Kemalangan yang berlaku dalam makmal atau bilik darjah dapat dikurangkan. Melalui disiplin, milai-nilai murni turut dapat dipupuk dalam diri pelajar.
Melalui kajian, kami dapati terdapat dua bentuk disiplin pelajar iaitu iaitu disiplin asas dan disiplin instrinsik atau kendiri. Disiplin asas melibatkan individu dalam masyarakat yang lebih besar seperti pematuhan peraturan yang telah ditetapkan oleh institusi- institusi bukan format atau formal yang wujud dalam masyarakat demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan hidup seharian. Manakala, disiplin instrik atau kendiri pula adalah disiplin yang lahir dalam diri individu yang merangkumi sifat empati, mempunyai kesedaran sivik, moral, agama dan pergaulan yang tinggi dalam masyarakat. Dua bentuk disiplin perlu ada dalam diri setiap pelajar bagi melahirkan pelajar yang bukan hanya bejaya dari sudut akademik tetapi Berjaya juga dalam keperibadian dan akhlak yang baik.
  Kaedah pengurusan tingkahlaku dan disiplin yang baik akan memberi kesan yang baik terhadap diri pelajar dan sekolah. Melalui hasil temu bual guru-guru dari tiga buah sekolah menengah yang berbeza, kami dapati terdapat perbezaan cara atau kaedah yang diguna pakai dalam pengurusan disiplin di sekolah masing-masing. Terdapat sekolah yang melaksanakan pengurusan disiplin dengan baik dan ada juga sebaliknya.  Contoh kaedah daripada sekolah yang baik pengurusannya adalah sekolah ini mementingkan ketelusan sesuatu masalah yang timbul sebelum menjatuhkan sebarang hukuman terhadap pelajar. Setelah masalah telah dikenal pasti, surat amaran pertama sebagai tanda peringatan kepada pelajar akan dikeluarkan. Jika pelajar masih mengulangi kesalahan yang sama surat amaran kedua dan ketiga akan dikeluarkan. Pihak sekolah akan mengambil tindakan membuang terus pelajar dari sekolah bagi pelajar yang mengulangi kesalahan yang sama disamping masalah yang dihadapi adalah masalah yang serius seperti rekod kehadiran yang sangat teruk, kes buli dan lain-lain.
Pengurusan disiplin di sesebuah sekolah akan lebih berkesan jika setiap pelaksanaan hukuman atau denda tidak melampaui batas Peraturan dan Undang-undang Kawalan Displin murid di Malaysia. Guru berperanan dalam memastikan setiap pelajar mematuhi peraturan disiplin yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.  Tanggungjawab ini amat jelas disebut dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 yang menyatakan bahawa tugas mendisiplinkan murid bukan sahaja terletak dibahu gur besar atau pengetua, guru disiplin dan guru kaunseling sahaja. Bahkan setiap setiap individu yang brgelar guru adalah guru displin. Dengan erti kata lain, semua guru berhak untuk menegur, mendenda dan lain-lain jika pelajar melanggar sebarang peraturan sekolah.
Secara umumnya, kosep disiplin merangkumi latihan membentuk, membetul ataupun melengkapkan suatu sistem peraturan berkenaan tingkah laku mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Pada peringkat sekolah, disiplin adalah peraturan yang dikenakan ke atas pelajar dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganajaran. (Mohd.Ismail Osman,2008). Dalam konteks di Malaysia, undang-undang dan peraturan disiplin yang dipraktikkan di sekolah- sekolah di Malaysia adalah berdasarkan kepada tiga rujukan utama, iaitu (James Ang Jit Eng, 2011):
a) Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, iaitu peraturan yang dibuat berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 116, Ordinan Pelajaran 1957.
b) Buku-buku panduan pengurusan disiplin yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
c) Surat-surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia secara berkala.
Rujukan utama diatas menjadi kayu pengukur dalam penbentukan pengurusan disiplin pelajar di sekolah. Secara tidak langsung pihak sekolah akan mendapat kepercayaan dari pihak ibubapa dalam mendidik dan mendisiplinkan anak-anak mereka.

Peraturan- peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 atau lebih dikenali sebagai Peraturan 1959 merupakan peraturan teras pengurusan disiplin di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia melainkan sekolah yang dikecualikan dari pendaftaran di bawah seksyen 114(2) Ordinan Pelajaran 1957, dan sekolah gaya pos (peraturan 1). Menurut James Ang Jit Eng (2001), antara perkara utama yang diperuntukan dalam peraturan 1959 ialah:
i) Guru besar adalah individu yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah (peraturan 4)
ii) Perwakilan kuasa oleh guru besar kepada guru lain dalam tindakan disiplin. (peraturan 6)
iii) Tatacara hukuman rotan (peraturan 5)
iv) Kuasa guru besar dalam menggantung persekolahan atau membuang sekolah terhadap pelajar atas kesalahan disiplin (peraturan 8, 11 dan 12)    
Seterusnya, rujukan kedua utama iaitu buku-buku panduan pengurusan disiplin yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai garis panduan dalam menguruskan disiplin di sekolah , dan meghuraikan Peraturan 1959 dalam bentuk operasi. Buku-buku ini diterbit dan diedarkan ke sekolah-sekolah untuk panduan pentadbir sekolah, guru-guru, murid-murid, malah ada yang dikhususkan untuk ibu bapa. Berikut merupakan buku-buku yang telah diterbitkan dengan tujuan ini iaitu:
i) Panduan Am Disiplin Sekolah-sekolah (1981)
ii) Panduan Bagi Ibubapa Mengenai Disiplin Murid-murid Sekolah (1982)
iii) Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru Besar dan Guru (1983)
iv) Panduan Disiplin untuk Pelajar-pelajar (1988)
v) Panduan Bagi mengatasi Masalah Ponteng (1994)
vi) Panduan Pengurusan Menangani Buli di Sekolah (2005)

Selain peraturan 1959 dan buku-buku panduan, Kementerian Pendidikan Malaysia turut mengeluarkan pekeliling-pekeliling dari semasa ke semasa bagi memberi panduan berkala kepada pentadbir sekolah bagi menangani masalah disiplin di sekolah, antaranya (Othman,2008):

Bil.
Nama Pekeliling Ikhtisas
Tarikh Dikeluarkan
1
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2009: Penguatkuasaan Larangan Membawa dan Menggunakan Telefon Bimbit oleh Murid di Sekolah
25 Mac 2009
2.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2010 : Pelaksanaan Ujian Urin Murid Sekolah
8 Februari 2010
3.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2010: Garis Panduan Mencegah dan Menangani Perbuatan Buli dalam Kalangan Murid di sekolah
29 Julai 2010
4.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2011: Peraturan Berkenaan Rambut dan Pemakaian Steel Bangle(KARA) oleh Murid-murid Keturunan Sikh
27 April 2011
5.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2011: Pelaksanaan Standard Operating Prosedure (SOP) 1:3:7 Pelaporan dan Menangani Isu Disiplin Murid
Jun 2011
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          
Data di atas merupakan contoh Surat Pekeliling Ikhtisas yang terkini. Mengikut rujukan sumber data, terdapat lebih dari 40 Surat Pekeliling Ikhtisas telah di keluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membantu masalah disiplin di sekolah-sekolah di Malaysia.


7.5  Mengetahui tatacara dalam penyelesaikan masalah disiplin.
Setiap masalah mempunyai jalan menyelesaian. Tetapi cara masalah tersebut diselesaikan juga memainkan peranan yang penting kerana ada masalah yang diselesaikan dengan cara yang tidak memberi kepuasan bagi semua pihak yang terlibat. Oleh itu, tatacara menyelesaikan masalah disiplin penting dilaksanakan disekolah terutamanya masalah yang melibatkan pelajar. Antara tatacara seperti berikut:
1. Guru yang menerima aduan itu perlu memastikan kebenaran dan segala aduan dan kesalahan adalah dianggap secara objektif.
2. Ketepikan perasaan marah dan elakkan dari membuat kesimpulan terburu-buru tanpa menyiasat.
3. Guru perlu menentukan bahawa ada bukti berkaitan dengan tuduhan tersebut.
4. Pastikan suasana adalah tenang antara guru dan pelajar sebelum menjalankan penyiasatan.
5. Beri peluang kepada pelajar untuk memberi penjelasan terhadap sesuatu tuduhan.
6. Guru hendaklah menyedarkan pelajar mengenai kesalahannya.
7. Jika usaha untuk mengubah kelakuan pelajar gagal, dapatkan bantuan guru kaunseling untuk menyelesaikannya.
8. Jika masih gagal, pelajar tersebut hendaklah dihantar ke kepada guru disiplin.
9. Jika masalah masih tidak dapat diatasi lgi (masalah serius), kes boleh dirujukkan kepada pengetua dan pelajar itu akan dibawa ke Lembaga Disiplin untuk diambil tindakan seterusnya.
10. Pihak lembaga akan menyiasat kes secara terperinci sebelum hukuman dijatuhkan.
11. Pelajar diberi peluang untuk membela diri, hak untuk didengar dan mengemukakan alasan dalam bentuk bertulis.
12. Pihak lembaga Disiplin akan membuat keputusan dan hukuman dikenakan jika didapati pelajar benar-benar bersalah.
13. Pihak lembaga akan memberitahu ibu bapa pelajar.

Pelajar akan dikenakan hukuman gantung dari persekolahan dalam tempoh masa yang ditentukan atau tindakan lain yang bersesuaian.


7.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

7.1 Mengenalpasti Teknik Modifikasi Pengurusan Tingkah Laku Dan Disiplin

Kajian menyatakan bahawa teknik modifikasi pengurusan tingkah laku dan disiplin ialah merujuk kepada langkah-langkah yang sistematik dan teratur mengikut teknik yang betul untuk mengubah tingkah laku negatif. Selain itu, modifikasi tingkah laku juga merupakan sesuatu cara menguruskan disiplin bilik darjah. Ini sesuai digunakan untuk menangani tingkah laku bermasalah sama ada negatif atau positif.Tujuan penggunaan teknik modifikasi pengurusan tingkah laku ini adalah untuk mengubah tingkah laku negatif atau salah laku pelajar yang dikesan di dalam bilik darjah kepada tingkah laku positif untuk menyelesaikan tingkah laku bermasalah yang berlaku demi membentuk keadaan bilik darjah yang berdisiplin, ceria, dan kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Antara teknik yang boleh digunakan oleh guru dalam menguruskan tingkah laku dan disiplin pelajar di dalam bilik darjah adalah dengan cara peneguhan positif, peneguhan negatif, denda, penghapusan/pelupusan dan prinsip Premack. Semua teknik-teknik ini boleh digunakan secara berkala atau berterusan sehingga mendapatkan hasil yang diingini oleh guru. Teknik modifikasi tingkah laku dan disiplin yang pertama adalah peneguhan. Peneguhan adalah perkara yang dilakukan oleh seseorang untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin (1991), peneguhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Manakala menurut Skinner (1990), peneguhan adalah apabila sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang mengulang tingkah laku ini akan bertambah dan diulang perkara yang diingini berlaku jika diberikan peneguhan positif manakala jika diberikan peneguhan negatif, masalah tingkah laku Peneguhan terbahagi kepada 2 iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.
Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu mengulangi tingkah laku berulang-ulang. Peneguhan positif ialah stimulus atau peristiwa yang menyebabkan kemajuan dalam pembelajaran ataupun perubahan kelakuan positif. Peneguhan ini lazimnya menggembirakan dan dipanggil sebagai ganjaran. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab sioalan, memberikan senyuman yang ikhlas, menepuk bahu pelajar sebagai tanda bangga dan memberi hadiah sebagai tanda penghargaan kepada pelajar tersebut. Menurut Skinner lagi, tingkah laku juga sebenarnya merujuk kepada langkah-langkah yang digunakan guru untuk melakukan peneguhan yang berkala. Cara peneguhan yang diberi akan memberi kesan terhadap tingkah laku yang seterusnya.
Seterusnya, peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan.Organisme kemungkinan mengulang tingkah laku yang dapat mengelak atau mengurangkan keadaan yang negatif. Peneguhan dapat dilakukan secara berterusan atau berkala. Peneguhan negatif berfungsi mengelakkan dari tingkah laku yang tidak diingini berulang lagi supaya tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi. Peneguhan negatif adalah stimulus atau peristiwa yang juga menyebabkan kemajuan dalam suatu tingkah laku dan untuk mengelak daripada berlaku sesuatu yang tidak dikehendaki. Sebagai contohnya, pelajar yang membuat bising ditegur oleh gurunya. Disebabkan oleh tindakan guru tersebut, pelajar tersebut diam dan memberi tumpuan dalam pelajaran.
Di samping itu, teknik modifikasi iaitu denda juga adalah satu cara untuk mengurus tingkah laku dan disiplin pelajar di sekolah. Denda adalah satu proses atau tatacara untuk menghentikan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak di ingini berlaku. Skinner berpendapat bahawa denda hanya boleh membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja. Selepas itu, tingkah laku yang tidak diingini biasanya diulangi lagi. Hal ini kerana, denda dilakukan untuk mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini berulang dan bertujuan untuk menghentikan perbuatan atau tingkah laku yang tidak baik daripada dilakukan lagi. Ia biasanya hanya memberi kesan yang singkat sahaja. Apabila individu terlupa, ia akan mengulangi semula perbuatan atau tingkah laku tersebut. Denda juga memberi kesan buruk terhadap pelajar yang dikenakan denda kerana sesetengah menimbulkan perasaan benci terhadap orang yang selalu memberi denda kepadanya. Sebagai contohnya, pelajar yang dikenakan denda disebabkan tidak menyiapkan kerja sekolah matematik akan benda terhadap subjek tersebut kerana setiap kali dia tidak menyiapkan kerja dia dikenakan denda disebabkan dia tidak pandai dalam subjek matematik. Oleh itu, seharusnya guru tidak memberi denda kepadanya sebaliknya mengadakan tuisyen atau kelas tambahan kepadanya supaya dia lebih memahami subjek matematik dan akan lebih minat dalam subjek ini.
Teknik modifikasi tingkah laku pelupusan atau penghapusan juga dapat digunakan oleh guru. Teknik pelupusan/penghapusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya. Teknik ini bertujuan untuk mengurangkan dan melupuskan tingkah laku yang tidak diingini. Sebagai contohnya, jika guru ingin seorang murid untuk bertindak laku dalam cara tertentu, guru boleh mewujudkan situasi dimana murid-murid tidak mendapatkan sebarang peneguhan atau perhatian selepas menunjukkan sesuatu tingkah laku bermasalah. Guru biarkan tingkah laku yang tidak diingin ini supaya terhapus dengan sendirinya dengan mengabaikan mereka. Teknik ini kadang-kadang tidak memberi kesan terhadap pengurusan tingkah laku kerana pelajar akan terus melakukan tingkah laku bermasalah ini untuk dapatkan perhatian dari gurunya. Akhir sekali, prinsip Premack iaitu mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai “Grandma’s Rule” yang berasaskan kenyataan “kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran ini”. Sebagai guru, kita boleh menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid. Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran matematik, satu aktiviti bermain komputer akan diadakan.

http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/moditifikasi-tingkahlaku-kpli.pdf
https://edoc.site/tingkah-laku-bermasalah-disruktif-pdf-free.html

6.0 ANALISIS DATA KAJIAN

Kajian telah dijalankan melalui salah satu sumber internet iaitu laman sesawang yang memaparkan jurnal oleh para penulis yang melaksanakan kajian tentang Peraturan dan Undang-undang Kawalan Disiplin Murid di Malaysia. Pengisian jurnal ini menerangkan tentang peraturan berkaitan disiplin murid, displin sebagai satu bidang tugas guru mengikut undang-undang, kuasa guru yang diperuntukkan oleh undang-undang dan kesan tidak mematuhi peraturan dalam mengambil tindakan disiplin.
Selain daripada internet, data telah diperoleh melalui sumber buku. Buku yang digunakan sebagai rujukan adalah tentang Pengurusan Sekolah Suatu Panduan Lengkap. Berkait rapat dengan tajuk kajian iaitu pengurusan tingkah laku dan disiplin pelajar, data yang diperoleh melalui pembacaan buku ini ialah mengenai pengurusan disiplin sekolah. Di dalam topik ini, ia menerangkan tentang masalah disiplin yang sering berlaku dan kaedah mengatasinya. Seterusnyam ia juga menerangkan faktor wujudnya masalah disiplin di sekolah dan kaedah mengatasinya, serta tatacara menyelsaikan masalah disiplin. 

5.0 METOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian adalah penting supaya penyelidikan yang dijalankan mempunyai kaedah yang paling sesuai dan berkesan dalam menjawab permasalahan kajian. Oleh itu, kaedah kajian yang dirangka adalah melibatkan reka bentuk kajian, subjek atau sampel kajian, prosedur kajian, prosedur pengambilan data serta prosedur penganalisisan data. Metodologi yang digunakan oleh kumpulan kami ialah berasakan internet dan pengalaman lampau. Untuk mendapatkan data yang baik ini, kaedah penyelidikan kajian tersebut haruslah sempurna dan mengikut prosudernya yang tersendiri. Ia bagi menjamin dapatan kajian yang dihasilkan nanti benar-benar terjamin mutunya. Seseorang penyelidik yang cermat mesti memastikan metod ataupun kaedah yang digunakan dalam mendapatkan data, sesuai dengan jenis penyelidikan yang dijalankan. Semasa menjalankan kajian ini, penyelidik telah menggunakan sumber-sumber daripada bahan-bahan bercetak dan juga bahan-bahan elektronik seperti buku-buku rujukan dan juga sumber-sumber daripada internet.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenalpasti peraturan dan undang-undang yang diguna pakai dalam pengurusan tingkah laku dan disiplin pelajar di sekolah.
2. Mengetahui tatacara dalam penyelesaikan masalah disiplin. 
3. Mengenalpasti teknik modifikasi tingkah laku dan disipilin pelajar di sekolah.

8.0 RUMUSAN

Masalah disiplin di kalangan pelajar sekali lagi menyentak perhatian seluruh rakyat Malaysia. Umumnya, guru-guru disiplin di sekolah barang...