Friday, September 28, 2018

Tugas Mengurus Pelajar Tanggungjawab Guru

Tugas Mengurus Pelajar Tanggungjawab Guru

Guru adalah pendidik iaitu orang dewasa yang bertanggungjawab memberi bimbingan atau bantuan kepada anak didik dalam perkembangan jasmani dan rohaninya agar mencapai kedewasaan, mampu berdiri sendiri, dapat melaksanakan tugasnya sebagai makhluk Allah khalifah di muka bumi iaitu sebagai makhluk sosial dan individu yang pandai berdikari.


Tugas mengurus pelajar diberikan keutamaan oleh guru-guru di sekolah kerana kecemerlangan seseorang pelajar sering kali dikaitkan dengan kaedah pengurusan oleh guru. Contohnya pengurusan keselamatan murid di sekolah ialah langkah-langkah yang perlu diambil oleh guru dan pihak pengurusan sekolah secara menyeluruh. Keselamatan murid adalah keutamaan yang perlu diberikan perhatian oleh pihak sekolah dan tidak boleh dipandang remeh. Antara perkara yang perlu diambil keutamaan ialah perbuatan jenayah seperti culik, buli, kemudahan sekolah dan penguatkuasaan peraturan aktiviti sekolah. Sebagai contohnya, guru perlu memastikan kemudahan sekolah dalam keadaan baik sebelum memulakan pembelajaran. Pastikan bilik darjah dalam keadaan yang selamat untuk digunakan. Sebagai seorang guru, mereka perlu menilai kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku yang tidak diingini ke atas pelajar mereka.

Seterusnya, pengurusan dalam merancang pembelajaran yang baik juga perlu diberikan perhatian oleh guru. Guru perlu merancang sebelum memulakan pembelajaran agar pembelajaran berjalan dengan lancar. Pembelajaran hanya berlaku atas usaha sendiri mengikut motif atau motivasi tertentu. Oleh itu, di dalam bilik darjah tugas pengajaran ialah membekalkan motivasi sebagai rangsangan untuk menimbulkan minat dan menggerakkan mereka fokus sewaktu di dalam kelas selain memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar. Di samping itu, segala aktiviti pengajaran adalah bertujuan untuk menghasilkan PdP yang menarik dan berkesan.

8.0 RUMUSAN

Masalah disiplin di kalangan pelajar sekali lagi menyentak perhatian seluruh rakyat Malaysia. Umumnya, guru-guru disiplin di sekolah barang...